Selasa, 28 Ogos 2018

Wallpaper 1920x1080 : Mr Robot

Hi, I just create wallpaper inspired from Mr. Robot Series with quotes "A Bug Is Never Just A Mistake. It Represents Something Bigger. An Error Of Thinking. That Makes You Who You Are" . Feel free to use it, but don't forget to credit to me.  _F.I.D_





Tags : Mr Robot Quotes, Mr Robot Wallpaper., Wallpaper 1920x1080, Wallpaper Full HD Mr. Robot, Mr Robot Wallpaper 1920x1080.

Ahad, 26 Ogos 2018

Wallpaper 1920x1080 : Death Note


Hi, I just create wallpaper inspired from Death Note Movie with quotes "No Matter How Gifted You Are.. You Alone, Cannot Change The World" from character "L". Feel free to use it, but don't forget to credit to me. Hahaha.. -Jep-


















Tags : Death Note Wallpaper, L Wallpaper, Wallpaper, Wallpaper White 1920x1080, Wallpaper White Background, Death Note L Wallpaper. You Alone Cannot Change The World.

Isnin, 31 Ogos 2015

TIPS : HADIAH SPECIAL UNTUK YANG DISAYANGI




Hadiah Yang Lain Untuk Menghargai Orang Yang Disayangi


KITA sering merasakan ingin dihargai tetapi pernahkah kita menghargai orang yang disayangi. Oleh itu, marilah kita menghargai saudara seagama menurut perspektif Islam tanpa menilai rupa, harta dan jagalah adab apabila bersama mereka.

Ada beberapa kepentingan yang harus kita pelihara supaya ukhuwah kekal dalam menuju redha Allah seperti menjaga sikap, saling menasihati, memahami dan bantu-membantu.

Tiap yang asas itu ada perhiasannya, begitu juga ukhuwah, ada perhiasan yang sesuai. Perhiasan bukanlah sesuatu kewajipan tetapi ia seolah garam dalam makanan dan gula dalam minuman. Apabila dipraktikkan, kekuatan ukhuwah itu makin terasa dan tembok perbalahan tidak akan terbina.

Cara kita menghargai saudara kita ialah dengan memberi hadiah dan antara hadiah itu ialah:

Kehadiran

Kehadiran orang yang dikasihi adalah hadiah yang tidak ternilai harganya. Memang kita boleh hadir dengan menghantar surat, e-mel, laman facebook, telefon, foto dan banyak lagi dengan teknologi canggih kini.

Namun, dengan berada di samping mereka kita akan dapat berkongsi perasaan, perhatian dan kasih sayang secara lebih utuh. Oleh itu, jadikan kehadiran anda sebagai pembawa kebahagiaan.

Mendengar

Sedikit orang yang mampu memberikan hadiah seperti ini, kerana kebanyakan kita lebih suka dirinya didengari berbanding dia mendengar. Keharmonian hubungan antara manusia amat ditentukan oleh kesediaan saling mendengar.

Dengan mencurahkan perhatian pada segala ucapannya, secara tidak langsung kita juga menumbuhkan kesabaran dan kerendahan hati. Untuk mendengar dengan baik, pastikan anda dalam keadaan tenang supaya dapat memahami apa yang disampaikan.

Diam

Dalam diam juga ada kekuatan. Diam boleh digunakan untuk menghukum, mengusir atau membingungkan orang. Tetapi lebih dari segala-galanya, dia boleh menunjukkan kecintaan kita pada seseorang kerana memberi ruang.

Kebebasan

Mencintai seseorang bukan bererti memberi kita hak penuh untuk memiliki atau mengatur kehidupan orang disayangi. Bolehkah kita mengaku mencintai seseorang jika kita selalu mengekangnya? Memberi kebebasan adalah salah satu bukti cinta.

Makna kebebasan bukanlah bebas berbuat sesuka hati tetapi memberinya kepercayaan penuh untuk bertanggungjawab atas segala hal yang diputuskan atau dilakukan.

Keindahan

Siapa yang tidak bahagia, jika orang yang disayangi tiba-tiba tampil lebih kacak atau cantik? Tampil indah dan rupawan juga adalah hadiah. Bahkan tidak salah jika anda tampil cantik tiap hari begitu juga memastikan kediaman juga indah.

Tanggapan positif

Sedar atau tidak, kita sering memberi penilaian negatif terhadap fikiran, sikap atau tindakan orang yang kita sayang. Kali ini cuba hadiahkan tanggapan positif, nyatakan dengan jelas dan tulus. Cuba ingat berapa kali dalam seminggu anda mengucapkan terima kasih terhadap apa yang dilakukannya demi anda. Ingat pula, pernahkah anda memujinya. Ucapan terima kasih, pujian dan permintaan maaf adalah hadiah cinta yang sering dilupakan.

Kesediaan mengalah

Tidak semua masalah layak menjadi bahan pertengkaran, apa lagi hingga menjadi perbalahan yang hebat. Semestinya anda pertimbangkan apakah ia perbalahan itu berbaloi dan apabila ini berlaku, mungkin ada baiknya anda mengalah.

Kesalahannya mungkin terlewat tiba untuk temu janji dan itu adalah kali pertama, jadi perlukah pertengkaran dibiarkan berlanjutan. Kesediaan untuk mengalah boleh menghilangkan perasaan sakit hati dan menyedarkan kita bahawa manusia tidak sempurna.

Senyuman

Kekuatan senyuman amat luar biasa lebih-lebih lagi senyuman diberi dengan tulus, boleh menghangatkan hubungan yang dingin dan menjadi semangat kepada yang berputus asa. Senyuman juga isyarat untuk membuka diri kepada dunia sekeliling kita. Senyum itu juga ibadah.

Mari bersama menilai hadiah apakah yang sudah kita beri kepada yang tersayang dan mana yang belum. Jadikan pemberian hadiah sebagai pengikat kasih sayang yang memperkukuhkan ukhuwah.

Mr Brain : Pecahlah batu dipukul besi, berubah hanya dititis air, mana mungkin jiwa pendakwah dapat merubah sekeping hati melainkan ia bertakhtakan kasih.

Isnin, 29 Julai 2013

CINTA ? Betul ker?




Assalamualaikum kepada pembaca semua, penyampaian Ana kali ini agak keras sedikit bunyinya. Topik ni agak menarik iaitu membicarakan tentang hati.. Antara salah satu perkara yang mendorong Ana menulis artikel ini kerana ada seorang sahabat Ana mengadu tentang masalah orang sekeliling yang sentiasa sahaja ada perasaan tidak puas hati kepadanya. Mungkin secara tidak langsung ia akan membantu Ana dan Anta.. Pada masa yang sama juga Ana selitkan sekali topik “Ungkapan Cinta Allah, Sayang Nabi.. “ Insyaallah.. Ana doakan untuk Anta.

Inikah yang dikatakan CINTA?

Perasaan SUKA, SAYANG, CINTA dan seangkatan dengannya sebenarnya boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Tetapi disini hanya menyebut yang paling penting sahaja.. Kita kena tahu dimana patut letakkan kedudukan CINTA terhadap sesuatu perkara. Tahu dimana hendak diletakkan CINTA terhadap Allah, Rasul, Ibubapa, Diri Sendiri dan lain-lain.

Sebenarnya  disukai manusia tidak sepenting disukai Allah kerana sampai bila hendak memuaskan hati manusia? Kerana hati manusia ini tidak pernah puas, tidak pernah akan rasa cukup disebabkan sikap manusia itu sendiri.
Buat  apa anda menjadi seorang mulia disisi manusia tetapi hina disisi Allah?

 Buat apa memuaskan hati manusia tetapi tidak dapat memenuhi kehendak Allah?

Dan untuk apa menjadi manusia yang cantik pada pandangan manusia tetapi sangat hodoh pada pandangan Allah??
Memperolehi keberkatan dari Allah itu lebih mulia dari mendapat keberkatan manusia... Manakala percaya kepada Allah itu lebih baik dari percaya kepada diri sendiri.. 

Inikah pula yang dikatakan ungkapan CINTA?

Jika anda berkata anda cintakan Allah, anda sayangkan Nabi.. Mana buktinya? Sila buktikan! CINTA memerlukan pembuktian, CINTA memerlukan pengorbanan, CINTA memerlukan keikhlasan, CINTA memerlukan kejujuran.  Tanpa semua itu bukan dipanggil 'CINTA' tapi ia digelar 'SUKA-SUKA..' Anda kata SAYANG tetapi apa yang Allah suruh semua anda langgar, apa yang nabi buat tiada satu pun yang anda boleh ikut, walaupun hanya benda –benda yang remeh.. Anda ungkapkan CINTA tetapi ketika anda berjaya atau mendapat sesuatu tak terlintas langsung walaupun sedetik di fikiran anda tentang Dia yang maha kuasa diatas segala-galanya. Inikah CINTA yang anda katakan?? Inikah CINTA yang anda jajakan?? Inikah CINTA yang anda bangga-banggakan??

Anda mengaku anda CINTA Allah dan SAYANG pada Nabi.. Tapi apa yang anda buat langsung tidak menggambarkan yang anda SAYANG padaNYA. Sunahnya anda perlekeh dan hina manakala cara anda menjalani kehidupan seharian tiada satu pun yang mengikuti perlakuannya.

Buktinyaaaa….  

Anda lebih cintakan manusia lebih dari Allah, jika anda dapat sesuatu atau ditimpa sesuatu pasti akan menghubungi orang yang anda SAYANG bukan dengan mengingati Allah terlebih dahulu..  Anda lebih suka sesuatu barang lebih dari Allah, buktinya anda lebih rela membeli pakaian yang berjenama dari membeli pakaian yang disunatkan dipakai seperti jubah, kopiah dan lain-lain... Yang terakhir sekali anda terlalu sayang dunia lebih dari akhirat, buktinya anda mengejar dunia lebih dari akhirat. Anda hanyut dalam kehidupan dunia sehingga lupa tentang akhirat. Allah menciptakan dunia untuk manusia membuat bekalan di akhirat bukannya membuat dunia sebagai Syurga ciptaan manusia semata-mata. Biar kamu yang mempergunakan dunia untuk mendapatkan akhirat dari dunia yang pergunakan kamu. Ingat! Kamu yang memacunya, paculah dengan baik dan bijaksana supaya kamu memperolehi akhirat.

Penutup

Renung-renungkan jika ini yang anda ungkapkan CINTA Allah dan SAYANG NABI. CINTA dan SAYANG itu bukan lahir dari ungkapan, ia bermula dari hati seterusnya dibuktikan melalui perbuatan. CINTA jika kita benar-benar fahami memang indah. CINTA sebenarnya diciptakan tidak membuat kita alpha tetapi sebaliknya menambahkan keimanan terhadap-NYA. CINTA adalah sejenis perasaan dan anugerah yang diciptakan oleh-NYA tetapi ramai manusia tergelincir kernaNYa maka berhati-hatilah. Sangat rugi jika sesuatu perasaan disalah guna dan bukan diletakkan pada tempat yang betul. Semoga anda semua berjaya membuktikan cinta pada Pencipta. Insyaallah…

Rabu, 24 Julai 2013

CERPEN : KISAH SEBIJI BURGER



Alkisah sebiji burger…

Malam itu, Kak Fidah bertengkar dengan emaknya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Kak Fidah teringat bahawa dompetnya tertinggal dan dia tiada sebarang duit bersamanya.

Tiada syiling pun menelefon rumah untuk meminta pertolongan.

Pada masa yang sama, perutnya berbunyi kelaparan. Kak Fidah tiba di satu gerai burger ramli, yang baunya mengancam, kelaparannya bertambah.

Kak Fidah harapkan dapat satu burger ayam, tapi dia tiada duit.

Penjual burger yang sedar dengan kehadiran Kak Fidah melihat dia sedang mengigil ketakutan lalu bertanya…

“Adik dah makan belum? Kalau nak, ambil burger ayam ini untuk makan dulu,” kata penjual burger itu.

“Tapi saya tiada duit pakcik,” kata Kak Fidah dengan sipu-sipu.

“Tak apa, pakcik belanja. Mai, duduk sini makan,” kata penjual burger itu sambil membuat satu Milo panas untuk Kak Fidah.

Beberapa minit kemudian, Kak Fidah mengalirkan air mata…

“Mengapa sayang?” tanya penjual burger.

“Tiada apa. Cuma terharu dengan hati baik pakcik,” kata Kak Fidah sambil melapkan air matanya.

“Orang asing macam pakcik boleh bagi burger makan kat Fidah, tapi mak saya, lepas bertengkar dengan saya, dia halau saya keluar rumah. Kejam betul mak saya!” tambah Kak Fidah lagi.

Mendengar kata-kata Kak Fidah, penjual burger mengeluh.

“Adik, mengapa adik fikir begitu? Renungkan semula. Pakcik hanya beri adik satu burger, adik dah rasa terharu dan terhutang. Ibu adik membesarkan adik sejak kecil, mengapa adik tak pula rasa syukur malah bertengkar dengan ibu adik?” kata penjual burger itu.

Kak Fidah amat terkejut dengan jawapan itu, dan selepas berterima kasih dengan pakcik burger, dia terus berjalan menuju ke rumahnya.

Dalam perjalanan Kak Fidah asyik terfikir…

“Mengapa selama ini saya tidak terfikir perkara itu? Satu burger daripada seorang yang asing boleh membuat saya rasa terhutang, tapi mak saya yang membesarkan saya sejak kecil dan saya tidak berasa sedemikian, walaupun sikit.”

Kak Fidah memikirkan apa yang perlu dikatakan kepada emaknya apabila dia tiba di rumah… “Maafkan saya mak. Semua salah Fidah… maafkan saya mak.”

Sejurus tiba di rumah, Kak Fidah melihat wajah maknya yang penuh kebimbangan bertukar menjadi lega melihat kepulangannya setelah puas mencari…

“Fidah masuk. Mungkin dah lapar. Mak dah masak, jom makan,” kata maknya.

Fidah terus menangis di tangan maknya…

Di dalam kehidupan, kita mudah menghargai perkara-perkara kecil yang dilakukan orang sekeliling kita, tapi untuk ahli keluarga kita sering merasakan apa yang dikorbankan mereka adalah normal dan patut dilakukan tanpa sebarang penghargaan.

Kasih sayang ibu-bapa dan keprihatinan mereka kepada kita adalah perkara paling berharga kurniaan Allah pada kita sejak dilahirkan. Ibubapa tidak pernah mengharap anak-anaknya membayar kembali kos membesarkan mereka… tapi pernahkah kita menghargai dan bersyukur dengan pengorbanan tanpa syarat ibubapa kita?

Mr Brain : Senyum~ :)

Khamis, 4 April 2013

Kelebihan Ubi Kayu



Manfaat Ubi Kayu

Ubi Kayu mempunyai banyak khasiat bagi kesihatan. Ubi Kayu juga dikenali sebagai akar yang mempunyai khasiat antioksidan, antikanser, antitumor, dan boleh meningkatkan nafsu makan. Tidak hanya itu, Ubi Kayu juga mampu menyembuhkan pelbagai penyakit antaranya :

Khasiat Ubi Kayu untuk Penyakit Radang Sendi


Untuk mengubati Radang Sendi (Rheumatoid Arthritis = suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain) rawatan dengan Ubi Kayu boleh dari dalam mahupun luar. Pada pemakaian luar, gunakan daun Ubi Kayu lima helai ditambah 15 gram halia. Lalu ditumbuk dan sapukan pada tubuh.

Untuk rawatan dari dalam, gunakan 100 gram batang Ubi Kayu, serai, garam, halia 15 gram. Semua bahan tersebut direbus dengan 1000 ml air hingga menjadi 400 ml. Ditapis dn minum sebanyak 200 ml sekali dalam sehari. Lakukan selama dua hari.

Manfaat Ubi Kayu untuk Demam

Rebus 60 gram batang Ubi Kayu dan 300 gram daun Ubi Kayu dengan 800 ml air. Biarkan rebusan menyusut hingga 400 ml, ditapis dan minum. Untuk hasil maksima, mesti meminumnya dua kali sehari.

Khasiat Ubi Kayu untuk Luka


Ubi Kayu juga boleh digunakan untuk mengubati luka yang telah memasuki tahap jangkitan. Caranya: Tumbuk batang Ubi Kayu yang masih segar, lalu letak di kawasan yang luka. Boleh juga dibalut lagi dengan pembalut. Untuk luka yang disebabkan oleh benda panas, Ubi Kayu boleh diparut dan diperah. Kemudian sapu di kawasan luka. Lakukan hingga luka kering.

Manfaat Ubi Kayu untuk Sakit Cirit-Birit


Untuk mengubati cirit-birit atau sakit perut, cuba gunakan daun Ubi Kayu.  Caranya dengan merebus tujuh lembar daun Ubi Kayu  dengan 800 ml air, biarkan hingga menyusut 400 ml, ditapis dan diminum.

Khasiat Ubi Kayu untuk Sakit Kepala

Minum ubat sakit kepala terlalu banyak juga tidak baik untuk kesihatan. Oleh kerana itu, sebaiknya cuba cara alami dengan menumbuk daun Ubi Kayu hingga halus, lalu menaruhnya di atas kepala untuk menyembuh.

Manfaat Ubi Kayu untuk Penyakit Gout

Beruntung bagi mereka yang gemar menikmati daun Ubi Kayu, kerana akan terhindar dari penyakit ini. Namun, bagi yang sudah terkena penyakit gout, harus mengambil 200 gram daun Ubi Kayu rebus seperti sayur-sayuran segar.

Khasiat Ubi Kayu untuk Meningkatkan Stamina


Untuk meningkatkan stamina, campurkan 100 gram Ubi Kayu,  5 butir angco (sejenis kurma China), dan air. Untuk mengelakkan rasa pahit, tambah sedikit madu.

Wallpaper 1920x1080 : Mr Robot

Hi, I just create wallpaper inspired from Mr. Robot Series with quotes  "A Bug Is Never Just A Mistake. It Represents Something Bigger...