Perjalananku : Permulaan kerjaya di O’connor’s Engineering
Bismillahhirahmannirahhim….
Setelah 3 bulan
menganggur dari tempat kerja lamaku iaitu Ericsson Competence Center, akhirnya
aku ditawarkan untuk bekerja disebuah Syarikat yang bernama O’connor’s Engineering.
Aku ditawarkan bekerja di O’connor’s setelah aku menghadiri interview yang
ke-54 dalam hidupku sepanjang perjalana karier ku. Ada orang bertanya kat aku “takkan
sampai dah dekat 50 interview pegi x dapat gak keje…” Aku menjawab “rezeki
Allah yang berikan, aku hanya mampu merancang jer”. Aku sendiri x pasti mengapa
aku langsung tak berasa letih atau penat untuk pergi interview bahkan aku rasa
semakin seronok kerana macam-macam pengalaman yang aku dapat walaupun x dapat
kerje waktu tu. Orang yang rapat dengan aku mungkin akan mengerti mengapa aku
masih lagi tidak bekerja ketika itu. Ada
juga yang berasa pelik kenapa aku tidak bekerja tapi masih mampu meneruskan
kehidupan seperti biasa dan tidak mengalami sebarang masalah kewangan. Jawapan
dia amat mudah sekali, “mesti percaya dan yakin bahawa Allah yang memberi
rezeki, kita hanya mampu merancang dan berusaha sahaja..” Jika sebut tentang
“perancangan”, sememangnya aku tidak pun merancang untuk berhenti kerja di
Ericsson walaupun tugas agak mencabar ketika itu tetapi aku sentiasa bersedia
dengan menyimpan gaji bulanan jika tiba-tiba berhenti kerja. Simpanan yang aku
buat at least mesti mampu menampung jika aku tidak bekerja selama 3 bulan. Duit
simpanan yang dibuat termasuklah perbelanjaan harian seperti makan, minyak
motor, emergency case dan juga yuran pengajian part time aku di UTM.
Kalau nak diikutkan
asal ada jawatan kosong kt internet jer aku akan apply asalkan description job
untuk position tu aku berminat. Asal ada panggilan interview jer aku akan
pergi, tak kira dari company besar sampai ler company kecik, kadangkala satu
hari tu aku pergi dekat 3 interview.. Target job description aku time tu 3 jer,
yang first sekali IT sebab aku sekarang study dlm bidang IT, yang kedua
Telecomunication sebab aku pernah bekerja dibidang Telecomunication dan yang
terakhir sekali barulah Electric&Electronic. Banyak company yang offer
kerja aku terpakse menolak secara baik kerana mereka meminta bekerja Sabtu
Ahad. Aku beritahu mereka bukan aku taknak bekerja kt company dorang tapi I
need to attend class every weekends. Aku rasa tercabar biler time interview ada
yang cakap cmni “I can offer yur salaries same like Degree holder and I want
give U lots of package remuneration and I think U can studies by taking courses
from my company …” Jawapan aku time tu “ I don’t need the money, but the most
important in my life is knowledge. I hope U can appreciate it!”. Semasa hari
interview di O’connor’s aku mendapat satu lagi interview iaitu Company Zanon.
Alhamdulillah kedua-dua interview hari tu aku di offer kerja dari kedua-dua
company. Aku diberi pilihan untuk membuat keputusan dalam tempoh 1 minggu dari
tarikh interview sama ada hendak terima atau tidak.
O’connor’s menawarkan
gaji yang lebih menarik dan beza gaji sehingga hampir RM700 dengan company
kedua iaitu Zanon. Kalau diikutkan jarak perjalanan dari rumah ke tempat kerja,
company Zanon lebih dekat dari tempat kerja. Dari segi position pula O’connor’s
lagi better kerana ia menawarkan position Assistant Project Engineer dan Zanon
pula menawarkan Executive Technician. Tapi bagi aku semua itu tidak penting,
yang paling penting memperolehi ilmu yang lebih dari tempat yang aku kerja dan
menjadi seorang yang hebat dalam bidang yang diceburi. Jika difikirkan dari
segi tanggungjawab, O’connor’s lebih berat dan dapat improve diri aku dari segi
PR (Public Relations). Zanon pula dia boleh menambahkan ilmu aku dari segi
technical knowledge serta dia menawarkan package amik cos international dari
company dorang dan akan di bond mengikut tempohnya. Kesimpulannya masing-masing
mempunyai kelebihan tersendiri dan sukar bagi aku untuk membuat keputusan. Aku
minta pendapat kawan-kawan, family dan orang yang lebih pengalaman untuk
memilihnya, Kesemua memberi jawapan yang sama supaya memilih O’connor’s dan aku
rasa itu yang terbaik bagi aku ketika itu. Aku mengambil alih tanggungjawab yang lagi besar sebelum ini kerana aku telah memilih gaji yang tinggi, gaji tinggi pada pemikiran aku bermakna lagi besarlah tanggungjawab yang perlu aku pikul.
Sebenarnya, ini juga salah satu faktor atau alasan aku tidak memilih O'connor's, bukannya mahu lari dari tanggungjawab tetapi aku tahu banyak benda yang perlu dipikul. Alasan keduanya aku tidak mahu memilih O'connor's adalah kerana banyak job scope position ni adalah kelemahan aku. Tetapi aku beranikan diri untuk memilihnya kerana ada 2 orang yang paling rapat dengan aku ketika itu memberi inspirasi untuk memilih jawatan ini supaya mengatasi kelemahan aku. Matlamat sebenar aku ketika masuk bekerja bukanlah untuk mengejar duit atau pangkat tetapi niat aku ketika itu adalah untuk mengatasi kelemahan diri sendiri dan memperolehi sesuatu dari pekerjaan ini. Alhamdulillah atas niat ini juga, segala urusan dan kerja aku dimudahkan oleh Allah. Bagi aku dalam sesuatu pekerjaan janganlah meletakkan target duit, pangkat atau nama. Yang paling utama adalah keikhlasan bekerja, jika kita target duit dalam sesuatu pekerjaan memang kita akan nampak duit sahaja dan kita akan terleka dengannya dan akhirnya sampai penghabisan kerjaya pun memang kita akan dapat duit sahaja. Tuhan takkan berikan benda selain selain duit, tuhan takkan berikan kebahagiaan dan kenikmatan dalam bekerja. Tuhan akan menutup pintu hati kita untuk melihat benda yang lain yang lebih indah dari duit, begitu juga situasi jika kita meletakkan pangkat. Tetapi jika kita ikhlas bekerja insyaallah tuhan akan memberikan segala-galanya.
Memang betul hakikatnya
apa yang orang fikir atau target dalam sesuatu bidang yang diambil tidak
seperti dengan apa yang kita fikir. Disini saya ingin mengambil satu contoh, contohnya
jika seseorang itu belajar di dalam bidang engineering tetapi bekerja di dalam
bidang yang lain tetapi kerja tersebut adalah kerja kerajaan. Bagi orang lain,
orang akan memandang diri orang yang kerja kerajaan itu adalah seorang yang
hebat, kerana die berjaya mendapatkan kerja kerajaan tetapi tidak bagi saya. Bagi saya seorang yang hebat di dalam bidang
engineering ini adalah orang yang besusah payah belajar dan bekerja di dalam bidang ini dan
ia berjaya mencapai sesuatu tahap yang tertinggi. Kerana saya tahu untuk mencapai satu tahap yang bergelar ENGINEER bukan
hanya pada nama amatlah sukar. Kita boleh mengetahui dengan melihat cara
mereka berfikir, pengetahuan / ilmu yang ada padanya dan apa yang mereka
hasilkan dari usahanya serta juga manfaat mereka pada orang lain. Golongan inilah yang saya amat mengagumi mereka,
dan saya amat mencemburui mereka. Ini juga hasil dari pemerhatian terhadap orang lain juga, apa yang saya lihat hampir semua sebenarnya mahukan
kerja yang senang dengan gaji yang banyak, termasuk diri saya pada suatu ketika dahulu. Tapi sebenarnya
saya berani mengatakan adalah MUSTAHIL untuk mencari kerja seperti ini didunia. Inilah hakikat dunia, tiada jalan mudah untuk berjaya. Yang ada hanyalah atas usaha dan kebolehan kita menentukan perjalanan kita..
BERSAMBUNG >>>>>>>>>