Ilmu, Nasihat Dan Agama

KENAPA INI DIPERLUKAN ?




Assalamualaikum kepada semua pembaca yang dihormati, semoga berada didalam perlindungan Allah S.W.T. Di sini saya ingin membicarakan serba ringkas tentang Ilmu, Nasihat Dan Agama. Kenapa kita memerlukan ketiga-tiga aspek ini dalam kehidupan? Kenapa yer? Cube anda berfikir sejenak apa yang anda tahu, faham atau yang anda pelajari tentang 3 benda ini? Soalan kedua pula, adakah anda memanfaatkan sebaik-baiknya apa yang anda perolehi?  Selepas itu teruskan membaca. Bagi pendapat saya ketiga-tiga ini amat penting kerana ia membantu saya melalui perjalanan dibumi Allah, dan terdapat banyak lagi aspek-aspek yang lain. Tapi disini saya hanya memfokuskan tiga ini sahaja.

Ilmu

Ilmu bagi saya sangat luas maksudnya, secara umum didalam Islam ia terbahagi kepada dua iaitu Ilmu Fardhu Ain dan Ilmu Fardhu Kifayah. Apa beza antara keduanya? Ilmu Fardhu Ain wajib dituntut setiap individu Islam manakala Ilmu fardhu kifayah tidak jatuh kepada Wajib tetapi digalakkan menuntut. Ilmu bagi saya sangat bernilai dari wang ringgit atau harta benda, dan saya meletakkan Ilmu didalam kehidupan sebagai target utama. Ini mungkin kerana semenjak kecil lagi saya diasuh oleh Mak saya supaya menjadi orang yang berilmu. Teringat pesan ibu saya ketika ini, dia selalu mengulang perkara yang sama semasa saya kecil dahulu "Mak tidak kisah anak-anak mak tak dapat jadi seorang yang kaya, tetapi Mak risau kalau anak-anak Mak terdiri dari golongan yang tidak berilmu." Tambahan Mak pula hanya orang yang berilmu saya yang benar-benar berjaya didunia dan akhirat. Tersentuh hati setiap kali teringat pesan-pesan yang pernah diungkapkan oleh Mak saya. Akhirnya sehingga kini diri saya timbul satu perasaan iaitu SAYA TIDAK TAKUT MENJADI MISKIN ATAU KAYA TETAPI SAYA TAKUT MENJADI ORANG YANG TIDAK BERILMU. Sejauh atau setinggi mana ilmu saya biarlah Allah yang menilainya dan saya hanya menjalankan TANGGUNGJAWAB untuk berkongsi dengan orang lain, itulah bahagian saya.
TERIMA KASIH MAK.....

Nasihat

Nasihat? Bagi saya sangat mudah, tidak kira sebarang bentuk (Perbuatan, Percakapan atau Penulisan) yang membantu seseorang untuk menjadi kearah positif itulah Nasihat. Apa yang saya tulis inipun boleh dikatakan nasihat kepada yang membacanya.. Dalam Islam Nasihat dikenali juga sebagai Dakwah, tetapi ada sesetengah golongan hanya mampu MEMBERI Nasihat sahaja, ada juga yang hanya mampu MENERIMA sahaja. Tetapi dalam Islam golongan yang terbaik adalah golongan yang mampu MEMBERI dan MENERIMA namun hakikatnya tidak ramai golongan ini. Kenapa anda memerlukan? Jawapan saya amat mudah kerana manusia itu lemah dan tiada manusia yang sempurna didalam dunia ini. Jika anda merasa tidak memerlukan nasihat, berani saya mengatakan disini yang anda ini mempunyai 2 sifat Mazmumah/Negatif iaitu SOMBONG! dan berasa diri terlalu sempurna! Bagi golongan ini, cuba anda bayangkan adakah anda mampu hidup bersendirian dibumi Allah ini tanpa memerlukan sesiapapun? Jawapannya pasti TIDAK. Sebab itulah anda perlu menerima Nasihat dan juga anda juga perlu memberi. Jika kita lihat balik asal usul kejadian manusia didalam Al-quran, mengapa Allah menciptakan Adam selepas Hawa, ini adalah kerana kedua-duanya saling memerlukan. Ini juga membuktikan manusia itu memerlukan manusia yang lain untuk meneruskan kehidupan dibumi Allah. SESUNGGUHNYA SETIAP YANG TERJADI ITU ADA SEBABNYA MENGAPA ALLAH BERBUAT SEDEMIKIAN.

Agama

Agama juga merupakan salah satu aspek yang sangat penting dalam kehidupan. Agama disini saya maksudkan adalah agama yang saya anggap amat terbaik iaitu Islam. Aspek agama semakin tidak lagi diambil berat oleh masyarakat moden hari ini, walaupun jika dilihat ramai orang diluar sana yang mengaku beragama Islam tetapi tidak mengamalkan sepenuhnya atau berpegang dengan teguh disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Pada hari ini Agama Islam diancam pelbagai dugaan antaranya lahirnya golongan yang BERAGAMA HANYA PADA KETURUNAN, BERAGAMA TETAPI TIDAK MENGAMALKAN sepenuhnya atau jahil tentangnya, dan golongan yang mendalaminya pula diancam dengan KESESATAN DALAM BERAGAMA atau datangnya perasaan Mazmumah tanpa sedar seperti TAKSUB, RIAK, UJUB dan sebagainya. Cuba anda fikir sejenak, atau siasat diri sendiri adakah anda tergolong dalam golongan ini? Jika tidak, Alhamdulillah.. Jika YA, anda masih mampu mengubahnya. Saya harap anda yang membaca ini berada digarisan yang diredhai Allah S.W.T.

Apakah kaitan ketiga-tiga elemen ini?

Sebenarnya ketiga-tiga elemen ini mempunyai kaitan antara satu sama lain, samaada anda sedar atau tidak. Jika anda faham, konsep NASIHAT kita boleh kaitkan dengan konsep ILMU. Jika anda berilmu tidak mengamalkan samalah seperti anda menerima Nasihat tetapi tidak mengamalkan apa yang diterima. Samalah juga jika anda berilmu tidak menyampaikan samalah seperti anda hanya mendengar sahaja nasihat dan tidak menyampaikan kepada orang lain. Tanpa sedar anda telah memiliki satu sifat Mazmumah/Negatif iaitu TAMAK. Kaitan Agama dengan Ilmu pula, jika anda tidak berilmu sudah tentu anda menjadi orang yang tidak beragama.  Kesemua elemen ini saling berkaitan, samalah seperti kisah kejadian manusia didalam Al-quran yang saya perkatakan diatas. Kesimpulannya tuntulah ILMU dan pelajarilah Agama dan memberilah NASIHAT kerana anda tidak hidup bersendirian dibumi ini dan juga supaya anda menjadi orang-orang yang berjaya didunia dan Akhirat. INSYAALLAHHHH.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Wallpaper 1920x1080 : Mr Robot

Hi, I just create wallpaper inspired from Mr. Robot Series with quotes  "A Bug Is Never Just A Mistake. It Represents Something Bigger...