Jumaat, 4 Mei 2012

5 BINATANG YANG PALING SUSAH DIBUNUH

RANK 5 - East African Giant Snail



Serupa seperti siput biasa, cuma menda nih bleh mencapai 8 inci panjangnya. Masyarakat Afrika Timur sudah mencuba pelbagai cara untuk membunuh menda ni, sperti membakar dan racun tetapi masih tidak berhasil.



RANK 4 - Water Bears



Water bears adalah binatang air yg mikroskopik dan ia sangat susah dibunuh malah tidak boleh dibekukan. Menda ni bleh bertahan pada suhu -273 darjah celcius. Malahan bom nuklear pun tidak mampu mengapa-apakan menda nih. Ia boleh kembali ke bentuk kering dan semasa dibentuk ini ia kebal terhadap radiasi. Menda ni juga kebal terhadap nitrogen cair dan asam mineral.



RANK 3 - Tree Weta



Binatang yang sangat menyeramkan. Darah Tree Weta mengandungi protein istimewa yang air dibadannya tidak boleh dibekukan. Ini bererti, kiranya menda ni dibekukan sekalipun, darah dibadannya masih mengalir dan berfungsi seperti biasa. Ketika beku, otak dan hati menda ni tidak berfungsi, namun ia akan kembali aktif selepas ia cair. Ini membuktikan, menda ni boleh mati atau dibunuh, tetapi akan hidup semula.. Seperti zombi!



RANK 2 - Lungfish



Lungfish boleh hidup tanpa air selama 6 bulan. Hanya dengan sedikit air, natang ni boleh hidup kembali.



RANK 1 - Immortal Jellyfish



Immortal bermakna abadi, dan ubur-ubur nih mmg seperti namanya, tidak boleh mati. Menda ni lahir dan membesar seperti biasa. Namun hidupnya tiada pengakhiran. Ia akan kembali ke bentuk polyp (bayi ubur2) dan hidupnya akan bermula semula dari awal!

Mukjizatnya Azan


Pesanan Semasa Mendengar Azan...


Kematian itu pasti  menjelma.  Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa  kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa....  lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul  maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri,  jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang  beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu  kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan  kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang  berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah  "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan  kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah  kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian  kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah  "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. 
Amin..amin..amin  Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD  S.A.W.  kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3  tanda2nya:
1)   Jujur dalam berkata-kata.
2)    Menjauhi segala yg haram.
3)   Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi  orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1)    Merahsiakan  ibadahnya.
2)    Merahsiakan  sedekahnya.
3)    Merahsiakan ujian yg  menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3  tanda2nya:
1)    Takut berlaku dusta dan  keji.
2)    Menjauhi kejahatan.
3)     Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali,  bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1)     Mengawasi  dirinya.
2) Menghisab  dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah  s.w.t.

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,
tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Wallpaper 1920x1080 : Mr Robot

Hi, I just create wallpaper inspired from Mr. Robot Series with quotes  "A Bug Is Never Just A Mistake. It Represents Something Bigger...