Isnin, 29 Julai 2013

CINTA ? Betul ker?




Assalamualaikum kepada pembaca semua, penyampaian Ana kali ini agak keras sedikit bunyinya. Topik ni agak menarik iaitu membicarakan tentang hati.. Antara salah satu perkara yang mendorong Ana menulis artikel ini kerana ada seorang sahabat Ana mengadu tentang masalah orang sekeliling yang sentiasa sahaja ada perasaan tidak puas hati kepadanya. Mungkin secara tidak langsung ia akan membantu Ana dan Anta.. Pada masa yang sama juga Ana selitkan sekali topik “Ungkapan Cinta Allah, Sayang Nabi.. “ Insyaallah.. Ana doakan untuk Anta.

Inikah yang dikatakan CINTA?

Perasaan SUKA, SAYANG, CINTA dan seangkatan dengannya sebenarnya boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Tetapi disini hanya menyebut yang paling penting sahaja.. Kita kena tahu dimana patut letakkan kedudukan CINTA terhadap sesuatu perkara. Tahu dimana hendak diletakkan CINTA terhadap Allah, Rasul, Ibubapa, Diri Sendiri dan lain-lain.

Sebenarnya  disukai manusia tidak sepenting disukai Allah kerana sampai bila hendak memuaskan hati manusia? Kerana hati manusia ini tidak pernah puas, tidak pernah akan rasa cukup disebabkan sikap manusia itu sendiri.
Buat  apa anda menjadi seorang mulia disisi manusia tetapi hina disisi Allah?

 Buat apa memuaskan hati manusia tetapi tidak dapat memenuhi kehendak Allah?

Dan untuk apa menjadi manusia yang cantik pada pandangan manusia tetapi sangat hodoh pada pandangan Allah??
Memperolehi keberkatan dari Allah itu lebih mulia dari mendapat keberkatan manusia... Manakala percaya kepada Allah itu lebih baik dari percaya kepada diri sendiri.. 

Inikah pula yang dikatakan ungkapan CINTA?

Jika anda berkata anda cintakan Allah, anda sayangkan Nabi.. Mana buktinya? Sila buktikan! CINTA memerlukan pembuktian, CINTA memerlukan pengorbanan, CINTA memerlukan keikhlasan, CINTA memerlukan kejujuran.  Tanpa semua itu bukan dipanggil 'CINTA' tapi ia digelar 'SUKA-SUKA..' Anda kata SAYANG tetapi apa yang Allah suruh semua anda langgar, apa yang nabi buat tiada satu pun yang anda boleh ikut, walaupun hanya benda –benda yang remeh.. Anda ungkapkan CINTA tetapi ketika anda berjaya atau mendapat sesuatu tak terlintas langsung walaupun sedetik di fikiran anda tentang Dia yang maha kuasa diatas segala-galanya. Inikah CINTA yang anda katakan?? Inikah CINTA yang anda jajakan?? Inikah CINTA yang anda bangga-banggakan??

Anda mengaku anda CINTA Allah dan SAYANG pada Nabi.. Tapi apa yang anda buat langsung tidak menggambarkan yang anda SAYANG padaNYA. Sunahnya anda perlekeh dan hina manakala cara anda menjalani kehidupan seharian tiada satu pun yang mengikuti perlakuannya.

Buktinyaaaa….  

Anda lebih cintakan manusia lebih dari Allah, jika anda dapat sesuatu atau ditimpa sesuatu pasti akan menghubungi orang yang anda SAYANG bukan dengan mengingati Allah terlebih dahulu..  Anda lebih suka sesuatu barang lebih dari Allah, buktinya anda lebih rela membeli pakaian yang berjenama dari membeli pakaian yang disunatkan dipakai seperti jubah, kopiah dan lain-lain... Yang terakhir sekali anda terlalu sayang dunia lebih dari akhirat, buktinya anda mengejar dunia lebih dari akhirat. Anda hanyut dalam kehidupan dunia sehingga lupa tentang akhirat. Allah menciptakan dunia untuk manusia membuat bekalan di akhirat bukannya membuat dunia sebagai Syurga ciptaan manusia semata-mata. Biar kamu yang mempergunakan dunia untuk mendapatkan akhirat dari dunia yang pergunakan kamu. Ingat! Kamu yang memacunya, paculah dengan baik dan bijaksana supaya kamu memperolehi akhirat.

Penutup

Renung-renungkan jika ini yang anda ungkapkan CINTA Allah dan SAYANG NABI. CINTA dan SAYANG itu bukan lahir dari ungkapan, ia bermula dari hati seterusnya dibuktikan melalui perbuatan. CINTA jika kita benar-benar fahami memang indah. CINTA sebenarnya diciptakan tidak membuat kita alpha tetapi sebaliknya menambahkan keimanan terhadap-NYA. CINTA adalah sejenis perasaan dan anugerah yang diciptakan oleh-NYA tetapi ramai manusia tergelincir kernaNYa maka berhati-hatilah. Sangat rugi jika sesuatu perasaan disalah guna dan bukan diletakkan pada tempat yang betul. Semoga anda semua berjaya membuktikan cinta pada Pencipta. Insyaallah…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Wallpaper 1920x1080 : Mr Robot

Hi, I just create wallpaper inspired from Mr. Robot Series with quotes  "A Bug Is Never Just A Mistake. It Represents Something Bigger...