Isnin, 29 Julai 2013

CINTA ? Betul ker?




Assalamualaikum kepada pembaca semua, penyampaian Ana kali ini agak keras sedikit bunyinya. Topik ni agak menarik iaitu membicarakan tentang hati.. Antara salah satu perkara yang mendorong Ana menulis artikel ini kerana ada seorang sahabat Ana mengadu tentang masalah orang sekeliling yang sentiasa sahaja ada perasaan tidak puas hati kepadanya. Mungkin secara tidak langsung ia akan membantu Ana dan Anta.. Pada masa yang sama juga Ana selitkan sekali topik “Ungkapan Cinta Allah, Sayang Nabi.. “ Insyaallah.. Ana doakan untuk Anta.

Inikah yang dikatakan CINTA?

Perasaan SUKA, SAYANG, CINTA dan seangkatan dengannya sebenarnya boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Tetapi disini hanya menyebut yang paling penting sahaja.. Kita kena tahu dimana patut letakkan kedudukan CINTA terhadap sesuatu perkara. Tahu dimana hendak diletakkan CINTA terhadap Allah, Rasul, Ibubapa, Diri Sendiri dan lain-lain.

Sebenarnya  disukai manusia tidak sepenting disukai Allah kerana sampai bila hendak memuaskan hati manusia? Kerana hati manusia ini tidak pernah puas, tidak pernah akan rasa cukup disebabkan sikap manusia itu sendiri.
Buat  apa anda menjadi seorang mulia disisi manusia tetapi hina disisi Allah?

 Buat apa memuaskan hati manusia tetapi tidak dapat memenuhi kehendak Allah?

Dan untuk apa menjadi manusia yang cantik pada pandangan manusia tetapi sangat hodoh pada pandangan Allah??
Memperolehi keberkatan dari Allah itu lebih mulia dari mendapat keberkatan manusia... Manakala percaya kepada Allah itu lebih baik dari percaya kepada diri sendiri.. 

Inikah pula yang dikatakan ungkapan CINTA?

Jika anda berkata anda cintakan Allah, anda sayangkan Nabi.. Mana buktinya? Sila buktikan! CINTA memerlukan pembuktian, CINTA memerlukan pengorbanan, CINTA memerlukan keikhlasan, CINTA memerlukan kejujuran.  Tanpa semua itu bukan dipanggil 'CINTA' tapi ia digelar 'SUKA-SUKA..' Anda kata SAYANG tetapi apa yang Allah suruh semua anda langgar, apa yang nabi buat tiada satu pun yang anda boleh ikut, walaupun hanya benda –benda yang remeh.. Anda ungkapkan CINTA tetapi ketika anda berjaya atau mendapat sesuatu tak terlintas langsung walaupun sedetik di fikiran anda tentang Dia yang maha kuasa diatas segala-galanya. Inikah CINTA yang anda katakan?? Inikah CINTA yang anda jajakan?? Inikah CINTA yang anda bangga-banggakan??

Anda mengaku anda CINTA Allah dan SAYANG pada Nabi.. Tapi apa yang anda buat langsung tidak menggambarkan yang anda SAYANG padaNYA. Sunahnya anda perlekeh dan hina manakala cara anda menjalani kehidupan seharian tiada satu pun yang mengikuti perlakuannya.

Buktinyaaaa….  

Anda lebih cintakan manusia lebih dari Allah, jika anda dapat sesuatu atau ditimpa sesuatu pasti akan menghubungi orang yang anda SAYANG bukan dengan mengingati Allah terlebih dahulu..  Anda lebih suka sesuatu barang lebih dari Allah, buktinya anda lebih rela membeli pakaian yang berjenama dari membeli pakaian yang disunatkan dipakai seperti jubah, kopiah dan lain-lain... Yang terakhir sekali anda terlalu sayang dunia lebih dari akhirat, buktinya anda mengejar dunia lebih dari akhirat. Anda hanyut dalam kehidupan dunia sehingga lupa tentang akhirat. Allah menciptakan dunia untuk manusia membuat bekalan di akhirat bukannya membuat dunia sebagai Syurga ciptaan manusia semata-mata. Biar kamu yang mempergunakan dunia untuk mendapatkan akhirat dari dunia yang pergunakan kamu. Ingat! Kamu yang memacunya, paculah dengan baik dan bijaksana supaya kamu memperolehi akhirat.

Penutup

Renung-renungkan jika ini yang anda ungkapkan CINTA Allah dan SAYANG NABI. CINTA dan SAYANG itu bukan lahir dari ungkapan, ia bermula dari hati seterusnya dibuktikan melalui perbuatan. CINTA jika kita benar-benar fahami memang indah. CINTA sebenarnya diciptakan tidak membuat kita alpha tetapi sebaliknya menambahkan keimanan terhadap-NYA. CINTA adalah sejenis perasaan dan anugerah yang diciptakan oleh-NYA tetapi ramai manusia tergelincir kernaNYa maka berhati-hatilah. Sangat rugi jika sesuatu perasaan disalah guna dan bukan diletakkan pada tempat yang betul. Semoga anda semua berjaya membuktikan cinta pada Pencipta. Insyaallah…

Rabu, 24 Julai 2013

CERPEN : KISAH SEBIJI BURGER



Alkisah sebiji burger…

Malam itu, Kak Fidah bertengkar dengan emaknya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Kak Fidah teringat bahawa dompetnya tertinggal dan dia tiada sebarang duit bersamanya.

Tiada syiling pun menelefon rumah untuk meminta pertolongan.

Pada masa yang sama, perutnya berbunyi kelaparan. Kak Fidah tiba di satu gerai burger ramli, yang baunya mengancam, kelaparannya bertambah.

Kak Fidah harapkan dapat satu burger ayam, tapi dia tiada duit.

Penjual burger yang sedar dengan kehadiran Kak Fidah melihat dia sedang mengigil ketakutan lalu bertanya…

“Adik dah makan belum? Kalau nak, ambil burger ayam ini untuk makan dulu,” kata penjual burger itu.

“Tapi saya tiada duit pakcik,” kata Kak Fidah dengan sipu-sipu.

“Tak apa, pakcik belanja. Mai, duduk sini makan,” kata penjual burger itu sambil membuat satu Milo panas untuk Kak Fidah.

Beberapa minit kemudian, Kak Fidah mengalirkan air mata…

“Mengapa sayang?” tanya penjual burger.

“Tiada apa. Cuma terharu dengan hati baik pakcik,” kata Kak Fidah sambil melapkan air matanya.

“Orang asing macam pakcik boleh bagi burger makan kat Fidah, tapi mak saya, lepas bertengkar dengan saya, dia halau saya keluar rumah. Kejam betul mak saya!” tambah Kak Fidah lagi.

Mendengar kata-kata Kak Fidah, penjual burger mengeluh.

“Adik, mengapa adik fikir begitu? Renungkan semula. Pakcik hanya beri adik satu burger, adik dah rasa terharu dan terhutang. Ibu adik membesarkan adik sejak kecil, mengapa adik tak pula rasa syukur malah bertengkar dengan ibu adik?” kata penjual burger itu.

Kak Fidah amat terkejut dengan jawapan itu, dan selepas berterima kasih dengan pakcik burger, dia terus berjalan menuju ke rumahnya.

Dalam perjalanan Kak Fidah asyik terfikir…

“Mengapa selama ini saya tidak terfikir perkara itu? Satu burger daripada seorang yang asing boleh membuat saya rasa terhutang, tapi mak saya yang membesarkan saya sejak kecil dan saya tidak berasa sedemikian, walaupun sikit.”

Kak Fidah memikirkan apa yang perlu dikatakan kepada emaknya apabila dia tiba di rumah… “Maafkan saya mak. Semua salah Fidah… maafkan saya mak.”

Sejurus tiba di rumah, Kak Fidah melihat wajah maknya yang penuh kebimbangan bertukar menjadi lega melihat kepulangannya setelah puas mencari…

“Fidah masuk. Mungkin dah lapar. Mak dah masak, jom makan,” kata maknya.

Fidah terus menangis di tangan maknya…

Di dalam kehidupan, kita mudah menghargai perkara-perkara kecil yang dilakukan orang sekeliling kita, tapi untuk ahli keluarga kita sering merasakan apa yang dikorbankan mereka adalah normal dan patut dilakukan tanpa sebarang penghargaan.

Kasih sayang ibu-bapa dan keprihatinan mereka kepada kita adalah perkara paling berharga kurniaan Allah pada kita sejak dilahirkan. Ibubapa tidak pernah mengharap anak-anaknya membayar kembali kos membesarkan mereka… tapi pernahkah kita menghargai dan bersyukur dengan pengorbanan tanpa syarat ibubapa kita?

Mr Brain : Senyum~ :)

Khamis, 4 April 2013

Kelebihan Ubi Kayu



Manfaat Ubi Kayu

Ubi Kayu mempunyai banyak khasiat bagi kesihatan. Ubi Kayu juga dikenali sebagai akar yang mempunyai khasiat antioksidan, antikanser, antitumor, dan boleh meningkatkan nafsu makan. Tidak hanya itu, Ubi Kayu juga mampu menyembuhkan pelbagai penyakit antaranya :

Khasiat Ubi Kayu untuk Penyakit Radang Sendi


Untuk mengubati Radang Sendi (Rheumatoid Arthritis = suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain) rawatan dengan Ubi Kayu boleh dari dalam mahupun luar. Pada pemakaian luar, gunakan daun Ubi Kayu lima helai ditambah 15 gram halia. Lalu ditumbuk dan sapukan pada tubuh.

Untuk rawatan dari dalam, gunakan 100 gram batang Ubi Kayu, serai, garam, halia 15 gram. Semua bahan tersebut direbus dengan 1000 ml air hingga menjadi 400 ml. Ditapis dn minum sebanyak 200 ml sekali dalam sehari. Lakukan selama dua hari.

Manfaat Ubi Kayu untuk Demam

Rebus 60 gram batang Ubi Kayu dan 300 gram daun Ubi Kayu dengan 800 ml air. Biarkan rebusan menyusut hingga 400 ml, ditapis dan minum. Untuk hasil maksima, mesti meminumnya dua kali sehari.

Khasiat Ubi Kayu untuk Luka


Ubi Kayu juga boleh digunakan untuk mengubati luka yang telah memasuki tahap jangkitan. Caranya: Tumbuk batang Ubi Kayu yang masih segar, lalu letak di kawasan yang luka. Boleh juga dibalut lagi dengan pembalut. Untuk luka yang disebabkan oleh benda panas, Ubi Kayu boleh diparut dan diperah. Kemudian sapu di kawasan luka. Lakukan hingga luka kering.

Manfaat Ubi Kayu untuk Sakit Cirit-Birit


Untuk mengubati cirit-birit atau sakit perut, cuba gunakan daun Ubi Kayu.  Caranya dengan merebus tujuh lembar daun Ubi Kayu  dengan 800 ml air, biarkan hingga menyusut 400 ml, ditapis dan diminum.

Khasiat Ubi Kayu untuk Sakit Kepala

Minum ubat sakit kepala terlalu banyak juga tidak baik untuk kesihatan. Oleh kerana itu, sebaiknya cuba cara alami dengan menumbuk daun Ubi Kayu hingga halus, lalu menaruhnya di atas kepala untuk menyembuh.

Manfaat Ubi Kayu untuk Penyakit Gout

Beruntung bagi mereka yang gemar menikmati daun Ubi Kayu, kerana akan terhindar dari penyakit ini. Namun, bagi yang sudah terkena penyakit gout, harus mengambil 200 gram daun Ubi Kayu rebus seperti sayur-sayuran segar.

Khasiat Ubi Kayu untuk Meningkatkan Stamina


Untuk meningkatkan stamina, campurkan 100 gram Ubi Kayu,  5 butir angco (sejenis kurma China), dan air. Untuk mengelakkan rasa pahit, tambah sedikit madu.

Selasa, 12 Februari 2013

Pemulaan kerjaya di O'connor's Engineering





Perjalananku : Permulaan kerjaya di O’connor’s Engineering



Bismillahhirahmannirahhim….


Setelah 3 bulan menganggur dari tempat kerja lamaku iaitu Ericsson Competence Center, akhirnya aku ditawarkan untuk bekerja disebuah Syarikat yang bernama O’connor’s Engineering. Aku ditawarkan bekerja di O’connor’s setelah aku menghadiri interview yang ke-54 dalam hidupku sepanjang perjalana karier ku. Ada orang bertanya kat aku “takkan sampai dah dekat 50 interview pegi x dapat gak keje…” Aku menjawab “rezeki Allah yang berikan, aku hanya mampu merancang jer”. Aku sendiri x pasti mengapa aku langsung tak berasa letih atau penat untuk pergi interview bahkan aku rasa semakin seronok kerana macam-macam pengalaman yang aku dapat walaupun x dapat kerje waktu tu. Orang yang rapat dengan aku mungkin akan mengerti mengapa aku masih lagi tidak bekerja ketika itu.  Ada juga yang berasa pelik kenapa aku tidak bekerja tapi masih mampu meneruskan kehidupan seperti biasa dan tidak mengalami sebarang masalah kewangan. Jawapan dia amat mudah sekali, “mesti percaya dan yakin bahawa Allah yang memberi rezeki, kita hanya mampu merancang dan berusaha sahaja..” Jika sebut tentang “perancangan”, sememangnya aku tidak pun merancang untuk berhenti kerja di Ericsson walaupun tugas agak mencabar ketika itu tetapi aku sentiasa bersedia dengan menyimpan gaji bulanan jika tiba-tiba berhenti kerja. Simpanan yang aku buat at least mesti mampu menampung jika aku tidak bekerja selama 3 bulan. Duit simpanan yang dibuat termasuklah perbelanjaan harian seperti makan, minyak motor, emergency case dan juga yuran pengajian part time aku di UTM.


Kalau nak diikutkan asal ada jawatan kosong kt internet jer aku akan apply asalkan description job untuk position tu aku berminat. Asal ada panggilan interview jer aku akan pergi, tak kira dari company besar sampai ler company kecik, kadangkala satu hari tu aku pergi dekat 3 interview.. Target job description aku time tu 3 jer, yang first sekali IT sebab aku sekarang study dlm bidang IT, yang kedua Telecomunication sebab aku pernah bekerja dibidang Telecomunication dan yang terakhir sekali barulah Electric&Electronic. Banyak company yang offer kerja aku terpakse menolak secara baik kerana mereka meminta bekerja Sabtu Ahad. Aku beritahu mereka bukan aku taknak bekerja kt company dorang tapi I need to attend class every weekends. Aku rasa tercabar biler time interview ada yang cakap cmni “I can offer yur salaries same like Degree holder and I want give U lots of package remuneration and I think U can studies by taking courses from my company …” Jawapan aku time tu “ I don’t need the money, but the most important in my life is knowledge. I hope U can appreciate it!”. Semasa hari interview di O’connor’s aku mendapat satu lagi interview iaitu Company Zanon. Alhamdulillah kedua-dua interview hari tu aku di offer kerja dari kedua-dua company. Aku diberi pilihan untuk membuat keputusan dalam tempoh 1 minggu dari tarikh interview sama ada hendak terima atau tidak.


O’connor’s menawarkan gaji yang lebih menarik dan beza gaji sehingga hampir RM700 dengan company kedua iaitu Zanon. Kalau diikutkan jarak perjalanan dari rumah ke tempat kerja, company Zanon lebih dekat dari tempat kerja. Dari segi position pula O’connor’s lagi better kerana ia menawarkan position Assistant Project Engineer dan Zanon pula menawarkan Executive Technician. Tapi bagi aku semua itu tidak penting, yang paling penting memperolehi ilmu yang lebih dari tempat yang aku kerja dan menjadi seorang yang hebat dalam bidang yang diceburi. Jika difikirkan dari segi tanggungjawab, O’connor’s lebih berat dan dapat improve diri aku dari segi PR (Public Relations). Zanon pula dia boleh menambahkan ilmu aku dari segi technical knowledge serta dia menawarkan package amik cos international dari company dorang dan akan di bond mengikut tempohnya. Kesimpulannya masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dan sukar bagi aku untuk membuat keputusan. Aku minta pendapat kawan-kawan, family dan orang yang lebih pengalaman untuk memilihnya, Kesemua memberi jawapan yang sama supaya memilih O’connor’s dan aku rasa itu yang terbaik bagi aku ketika itu. Aku mengambil alih tanggungjawab yang lagi besar sebelum ini kerana aku telah memilih gaji yang tinggi, gaji tinggi pada pemikiran aku bermakna lagi besarlah tanggungjawab yang perlu aku pikul.

Sebenarnya, ini juga salah satu faktor atau alasan aku tidak memilih O'connor's, bukannya mahu lari dari tanggungjawab tetapi aku tahu banyak benda yang perlu dipikul. Alasan keduanya aku tidak mahu memilih O'connor's adalah kerana banyak job scope position ni adalah kelemahan aku. Tetapi aku beranikan diri untuk memilihnya kerana ada 2 orang yang paling rapat dengan aku ketika itu memberi inspirasi untuk memilih jawatan ini supaya mengatasi kelemahan aku. Matlamat sebenar aku ketika masuk bekerja bukanlah untuk mengejar duit atau pangkat tetapi niat aku ketika itu adalah untuk mengatasi kelemahan diri sendiri dan memperolehi sesuatu dari pekerjaan ini. Alhamdulillah atas niat ini juga, segala urusan dan kerja aku dimudahkan oleh Allah. Bagi aku dalam sesuatu pekerjaan janganlah meletakkan target duit, pangkat atau nama. Yang paling utama adalah keikhlasan bekerja, jika kita target duit dalam sesuatu pekerjaan memang kita akan nampak duit sahaja dan kita akan terleka dengannya dan akhirnya sampai penghabisan kerjaya pun memang kita akan dapat duit sahaja. Tuhan takkan berikan benda selain selain duit, tuhan takkan berikan kebahagiaan dan kenikmatan dalam bekerja. Tuhan akan menutup pintu hati kita untuk melihat benda yang lain yang lebih indah dari duit, begitu juga situasi jika kita meletakkan pangkat. Tetapi jika kita ikhlas bekerja insyaallah tuhan akan memberikan segala-galanya.


Memang betul hakikatnya apa yang orang fikir atau target dalam sesuatu bidang yang diambil tidak seperti dengan apa yang kita fikir. Disini saya ingin mengambil satu contoh, contohnya jika seseorang itu belajar di dalam bidang engineering tetapi bekerja di dalam bidang yang lain tetapi kerja tersebut adalah kerja kerajaan. Bagi orang lain, orang akan memandang diri orang yang kerja kerajaan itu adalah seorang yang hebat, kerana die berjaya mendapatkan kerja kerajaan tetapi tidak bagi saya. Bagi saya seorang yang hebat di dalam bidang engineering ini adalah orang yang besusah payah belajar dan bekerja di dalam bidang ini dan ia berjaya mencapai sesuatu tahap yang tertinggi. Kerana saya tahu untuk mencapai satu tahap yang bergelar ENGINEER bukan hanya pada nama amatlah sukar. Kita boleh mengetahui dengan melihat cara mereka berfikir, pengetahuan / ilmu yang ada padanya dan apa yang mereka hasilkan dari usahanya serta juga manfaat mereka pada orang lain. Golongan inilah yang saya amat mengagumi mereka, dan saya amat mencemburui mereka. Ini juga hasil dari pemerhatian terhadap orang lain juga, apa yang saya lihat hampir semua sebenarnya mahukan kerja yang senang dengan gaji yang banyak, termasuk diri saya pada suatu ketika dahulu. Tapi sebenarnya saya berani mengatakan adalah MUSTAHIL untuk mencari kerja seperti ini didunia. Inilah hakikat dunia, tiada jalan mudah untuk berjaya. Yang ada hanyalah atas usaha dan kebolehan kita menentukan perjalanan kita..

BERSAMBUNG >>>>>>>>>

Ahad, 27 Januari 2013

A Conversation Between Students And Professor



Professor : You are a Muslim, aren’t you, son ?

Student : Yes, sir.

Professor: So, you believe in GOD ?

Student : Absolutely, sir.

Professor : Is GOD good ?

Student : Sure.

Professor: Is GOD all powerful ?

Student : Yes.

Professor: My brother died of cancer even though he prayed to GOD to heal him. Most of us would attempt to help others who are ill. But GOD didn’t. How is this GOD good then? Hmm?

(Student was silent.)

Professor: You can’t answer, can you ? Let’s start again, young fella. Is GOD good?

Student : Yes.

Professor: Is satan good ?

Student : No.

Professor: Where does satan come from ?

Student : From … GOD …

Professor: That’s right. Tell me son, is there evil in this world?

Student : Yes.

Professor: Evil is everywhere, isn’t it ? And GOD did make everything. Correct?

Student : Yes.

Professor: So who created evil ?

(Student did not answer.)

Professor: Is there sickness? Immorality? Hatred? Ugliness? All these terrible things exist in the world, don’t they?

Student : Yes, sir.

Professor: So, who created them ?

(Student had no answer.)

Professor: Science says you have 5 Senses you use to identify and observe the world around you. Tell me, son, have you ever seen GOD?

Student : No, sir.

Professor: Tell us if you have ever heard your GOD?

Student : No , sir.

Professor: Have you ever felt your GOD, tasted your GOD, smelt your GOD? Have you ever had any sensory perception of GOD for that matter?

Student : No, sir. I’m afraid I haven’t.

Professor: Yet you still believe in Him?

Student : Yes.

Professor : According to Empirical, Testable, Demonstrable Protocol, Science says your GOD doesn’t exist. What do you say to that, son?

Student : Nothing. I only have my faith.

Professor: Yes, faith. And that is the problem Science has.

Student : Professor, is there such a thing as heat?

Professor: Yes.

Student : And is there such a thing as cold?

Professor: Yes.

Student : No, sir. There isn’t.

(The lecture theatre became very quiet with this turn of events.)

Student : Sir, you can have lots of heat, even more heat, superheat, mega heat, white heat, a little heat or no heat. But we don’t have anything called cold. We can hit 458 degrees below zero which is no heat, but we can’t go any further after that. There is no such thing as cold. Cold is only a word we use to describe the absence of heat. We cannot measure cold. Heat is energy. Cold is not the opposite of heat, sir, just the absence of it.

(There was pin-drop silence in the lecture theater.)

Student : What about darkness, Professor? Is there such a thing as darkness?

Professor: Yes. What is night if there isn’t darkness?

Student : You’re wrong again, sir. Darkness is the absence of something. You can have low light, normal light, bright light, flashing light. But if you have no light constantly, you have nothing and its called darkness, isn’t it? In reality, darkness isn’t. If it is, were you would be able to make darkness darker, wouldn’t you?

Professor: So what is the point you are making, young man ?

Student : Sir, my point is your philosophical premise is flawed.

Professor: Flawed ? Can you explain how?

Student : Sir, you are working on the premise of duality. You argue there is life and then there is death, a good GOD and a bad GOD. You are viewing the concept of GOD as something finite, something we can measure. Sir, Science can’t even explain a thought. It uses electricity and magnetism, but has never seen, much less fully understood either one. To view death as the opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a substantive thing.

Death is not the opposite of life: just the absence of it. Now tell me, Professor, do you teach your students that they evolved from a monkey?

Professor: If you are referring to the natural evolutionary process, yes, of course, I do.

Student : Have you ever observed evolution with your own eyes, sir?

(The Professor shook his head with a smile, beginning to realize where the argument was going.)

Student : Since no one has ever observed the process of evolution at work and cannot even prove that this process is an on-going endeavor. Are you not teaching your opinion, sir? Are you not a scientist but a preacher?

(The class was in uproar.)

Student : Is there anyone in the class who has ever seen the Professor’s brain?

(The class broke out into laughter. )

Student : Is there anyone here who has ever heard the Professor’s brain, felt it, touched or smelt it? No one appears to have done so. So, according to the established Rules of Empirical, Stable, Demonstrable Protocol, Science says that you have no brain, sir. With all due respect, sir, how do we then trust your lectures, sir?

(The room was silent. The Professor stared at the student, his face unfathomable.)

Professor: I guess you’ll have to take them on faith, son.

Student : That is it sir … Exactly ! The link between man & GOD is FAITH. That is all that keeps things alive and moving.
Mr Brain : I believe you have enjoyed the conversation. And if so, you’ll probably want your friends / colleagues to enjoy the same, won’t you?

Rabu, 23 Januari 2013

CERPEN : KISAH TENTANG COUPLE


COUPLE ISLAMIC ???


Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah,Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

Mr Brain : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya.. Peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya.... :)

Wallpaper 1920x1080 : Mr Robot

Hi, I just create wallpaper inspired from Mr. Robot Series with quotes  "A Bug Is Never Just A Mistake. It Represents Something Bigger...