"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku" (surah Az-Zariyat : 56)
Manusia memang gemar apabila berbual mengenai isu-isu yang mereka
suka sehinggakan berbual berjam-jam lamanya tanpa mereka sedari, janji
apa yang mereka bualkan itu dapat memberikan kepuasan kepada diri
mereka. Yang sibuk dengan bolanya, akan selalu bahaskan mengenai
perkembangan bolanya.
Yang sukakan perkembangan fesyen terkini pula (terutamanya tertumpu
kepada kaum-kaum hawa) pun sama seperti yang sibuk dengan bolanya iaitu
menjadikan topik utama perbualan mereka dan macam-macam lagi. Itulah
dinamakan lumrah dalam kehidupan manusia.
Apa yang penulis cuba kongsikan di sini bukannya mengenai
perkembangan bola dan fesyen tetapi ada lagi satu topik atau isu yang
penulis rasakan sangat-sangat penting, dari dulu hingga sekarang, tiada
penghabisannya sehinggalah kiamat. Kerana apa penulis katakan penting?
Mesti ada sebabnya, bukan?
Sebab utama bagi penulis ialah ianya melibatkan "hati". Hidup mati
seseorang itu berdasarkan hatinya. Sesuailah dengan apa yang idola kita
sabdakan yakni nabi Muhammad S.A.W:
" Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh ada segumbal daging.
Apabila ia baik jadi baiklah seluruh badannya, dan sekiranya buruk,
buruklah semuanya. Ketahuilah ia adalah hati."
Topik yang penulis maksudkan disini adalah "cinta". Bila bercakap
saja tentang cinta, penulis dapat bayangkan bahawa mesti lebih daripada
70% apa yang terfikir diminda pembaca adalah "hubungan cinta lelaki dan
perempuan yang halal dikahwini, bukan?" atau lebih sinonim dengan "couple".
Memang tidak dapat dinafikan lagi, berbahas mengenai isu ini memang
menarik. Teringat penulis ketika masih bergelar pelajar diploma, dalam
satu usrah mingguan di mana rata-rata rakan-rakan penulis ketika itu
rasa mengantuk sangat dengar pengisian yang disampaikan oleh naqib kami
tetapi apabila berbincang mengenai isu walimah atau perkahwinan semua
rakan-rakan penulis seumpama baru bangun dari tidur yang panjang. Semua
fokus dan tersenyum panjang lebar saja. Masya-Allah hebatkan kuasa
tentang cinta ini.
Berbicara tentang cinta ini skopnya sangat luas. Banyak perkara yang
boleh diperbincangkan dan dipersoalkan. Penulis akan kecilkan skop
perkongsian penulis dengan pembaca. Penulis merupakan seorang pelajar
ijazah sarjana muda, baru menamatkan satu semester pengajian disebuah
universiti tempatan. Apabila pelajar baru. Maka, ramailah
kenalan-kenalan yang masih belum kita kenal. Apabila tidak kenal. Maka,
kita ada keinginan mahu berkenalan, bukan?
Yang lelaki mahu kenal dengan perempuannya, yang perempuan pula mahu
juga kenal dengan lelakinya. Apabila ternampak mawar atau kumbang itu
lebih cantik atau tampan dari yang lain maka mulalah muji-memujinya. Itu
adalah lumrah yang biasa dalam kehidupan seharian manusia kerana
manusia ini sangat sukakan perkara-perkara yang sejuk mata memandang.
Berbalik kepada tadi, pelajar yang lebih nakal dan ekstrem, mereka
akan mula melangkah setapak kehadapan iaitu berkenal-kenalan dengan
lebih dekat saban hari sehingga terjadilah budaya "couple" di kampus. Dari tanya hal pelajaran sehinggalah ke hal peribadi.
"Hari ni awak dah study subjek apanya ya? Tup..tup..tup... " Kenapa sejak-sejak ini, saya selalu ingatkan awak?" dan sebagianya.
Perkara seperti ini, bukan terjadi pada seorang malah lebih dari itu.
Seolah-oleh cinta sebelum kahwin ini dihalalkan pula di dalam agama
kita yakni Islam. Dan macam-macam kerenah lain yang penulis rasa tidak
perlu dihuraikan di sini. Jika pembaca seorang pelajar ataupun pekerja
perkara seperti ini tetap akan berlaku dipersekitaran anda.
Jadi kita boleh melihatnya dengan sendiri. Sepanjang semester yang
lalu, itulah yang penulis selalu perhatikan. Semoga Allah S.W.T
melindungi kita semua terutamanya penulis dari terjebak dengan cinta
sebelum kahwin ini, Insya-Allah.
Sekarang barulah penulis masukkan topik atau tajuk sebenar dan utama
penulis iaitu fokus kepada pembaca yang sudah pun berpunya dan masih
belajar atau bekerja. Di sini, penulis akan sertakan beberapa tips yang
penulis rasakan berguna kepada kita terutamanya kepada yang sudah
berpunya.
Tip-tip ini penulis perolehi hasil dari pembacaan penulis dari sebuah
buku yang suatu ketika dahulu penulis sangat-sangat tercari-carinya
iaitu "Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa". Sebuah buku karangan Mardiana Mat Ishak keluaran PTS. Untuk makluman pembaca, penulis gemar buku-buku keluaran PTS.
Tip-tips yang penulis maksudkan adalah :
1. Sekiranya boleh disegarakan perkhawinan itu, segerakanlah.
Ini merupakan kaedah yang paling dikehendaki oleh syarak dan syariat
dan sangat berkesan iaitu berkahwin. Dengan perkhawinan ianya dapat
menghalalkan 1001 tiket, semuanya boleh. Minta keizinan dan restu
daripada ibu bapa dan nyatakan hasrat murni ini dengan sehikmah yang
mungkin.
Sediakan rancangan atau pelan anda dan juga pasangan dalam urusan
berkahwin ketika belajar. Tetapi perlu diingatkan, sebelum kita
menyuarakan hasrat kita hendak berkahwin perlulah kita muhasabah diri
terlebih dahulu atau membuat checklist terhadap diri kita dan
juga pasangan kita supaya ibu bapa kita ada rasa keyakinan terhadap
keputusan yang kita ambil ini. Pertama-tama sekali adalah tanya pada
diri sendiri:
i. Adakah saya sentiasa memastikan solat fardu lima waktu saya cukup?
ii. Adakah Saya menjadikan solat duha sebagai satu kezaliman?
iii. Adakah saya membaca al-quran sekerap yang mungkin?
iv. Adakah saya selalu menghadirkan diri ke kuliah-kuliah agama?
v. Adakah saya mengamalkan zikir pagi dan petang (al-ma'thurat) seperti Rasullullah?
vi. Adakah saya sering memperbanyakkan selawat ke atas nabi?
vii. Adakah saya membaca bahan bacaan yang memberikan kefahaman dalam agama?
i. Adakah saya sentiasa memastikan solat fardu lima waktu saya cukup?
ii. Adakah Saya menjadikan solat duha sebagai satu kezaliman?
iii. Adakah saya membaca al-quran sekerap yang mungkin?
iv. Adakah saya selalu menghadirkan diri ke kuliah-kuliah agama?
v. Adakah saya mengamalkan zikir pagi dan petang (al-ma'thurat) seperti Rasullullah?
vi. Adakah saya sering memperbanyakkan selawat ke atas nabi?
vii. Adakah saya membaca bahan bacaan yang memberikan kefahaman dalam agama?
Senarai semak hubungan dengan Allah S.W.T ini baru sahaja sebahagian
dan masih terdapat banyak lagi pertanyaan yang lain tetapi penulis tidak
mahu fokus kepada itu. Sekiranya jawapan negatif yang lebih banyak
berbanding jawapan positif, perbaikilah hubungan kita dengan Allah S.W.T
terlebih dahulu. Usah menyalahkan Allah S.W.T sekiranya kita bermasalah
dalam hubungan kita dengan pasangan kerana sebenarnya kita bermasalah
dengan Allah S.W.T.
Penulis akui memang berat bagi sesetengah individu untuk menyuarakan
hasrat untuk berkahwin ketika belajar tambah-tambah lagi pelajar
berkenaan masih cetek dari segi ilmu-ilmu spiritual, intelektual dan
material dan masih terlalu ramai ibu bapa yang tidak berkeyakinan untuk
membenarkan anak-anak mereka berkahwin seusia muda kerana bimbang
pelajaran, kewangan dan sebagainya akan terjejas.
Dengan fikiran yang sebegitu, ibu bapa lebih rela melihat anak-anak
mereka di bawa kehulu dan kehilir tanpa ada apa-apa ikatan yang sah.
Maka, budaya couple semakin berluas-luasa, bagaikan cendawan yang
tumbuh selepas hujan. Kita kena ingat, wanita yang masih belum
berkahwin, setiap tindak-tanduknya ibu bapalah yang akan mendapat
dosanya. Tidakkah kita kesiankan ibu bapa kita. Kerana kita mereka
terhalang dari masuk syurga Allah S.W.T. Fikirkanlah.
2. Sekiranya mahukan ikatan yang sah, pilih nikah Khitbah.
Altenatif kedua yang kita boleh ambil adalah melalui nikah khitbah.
Nikah khitbah ini adalah menarik bagi penulis. Kahwin jenis ini adalah
pasangan tersebut bernikah tetapi dibolehkan tinggal secara berasingan
(sepanjang tempoh pengajian). Istilah dalam bahasa melayu dikenali
sebagai 'nikah gantung'.
Yang manisnya atau kelebihan kahwin macam ini banyak manfaatnya
terutama mendapat redai Allah S.W.T. Pasangan boleh belajar
bersama-sama, keluar bersama-sama tanpa ada rasa segan silu dan bersalah
kepada Allah S.W.T, ibu bapa dan rakan-rakan.
Bebas untuk berpegangan tangan dan sebagainya malah setiap apa yang
dilakukan mendapat pahala di sisi Allah dan malaikat sentiasa mendoakan
kesejahteraan pasangan tersebut. Menarik lagi, dapat jalani kehidupan
yang sah dan diberkati dalam "couple" dan sentiasa komited bagi berjaya dalam pelajaran.
Nikah khitbah ini ada terjadi kepada salah sorang rakan penulis.
Memang penulis akui sangat cemburui akan mereka. Kenapa tidaknya, mereka
bebas untuk berjalan bersama-sama, bermesra dan sebagainya. Masa tempoh
belajar memang mereka tinggal berasingan. Yang menarik bagi penulis,
tamat saja tempoh pengajian diploma lebih kurang tiga bulan, penulis
dapat berita zaujah (isteri) dia sudah mengandung anak sulung mereka.
Alhamdulllah. Mungkin sekarang sedang menunggu kehadiran insan baru
dalam hidup rumah tangga mereka. Maniskan, insyaAllah.
3. Sekiranya tidak diizinkan berkahwin juga, jaga batas pergaulan.
Perkara inilah yang paling berat untuk dijaga.
Ramai remaja-remaja sebaya penulis diluar sana yang sudah berpunya
tetapi tidak dapat untuk menjaga pergaulan, pembaca sendiri dapat
melihatnya. Apa pun, penulis tetap berharap dan berdoa agar rakan-rakan
yang sudah berpunya itu dapat elakkan berjumpa dengan pasangan secara
berdua-duaan dan dapat kurangkan berhubung sekiranya tiada urusan yang
penting.
Letakkan keyakinan kepada Allah S.W.T dan berdoa kepada-Nya. Ingat,
setiap tindakan kita dan pasangan kita dapat memberi kesan kepada masa
sekarang dan memberi kesan kepada perkhawinan kita kelak. Ingat,
matlamat membina rumah tangga muslim yang sejati dan diredai juga
bergantung kepada diri kita sendiri.
Teringat penulis semasa semester akhir diploma, ada sorang kawan baik
penulis sudi kongsi ceritanya. Ceritanya itu berlaku kepada kawannya.
sangat sedih dan tambah-tambah lagi berlaku kepada seakidah dan seagama
dengan penulis.
Mereka berkahwin atas dasar cinta dan juga kerana mereka terlanjur
sehinggakan wanita tersebut mengandung. Berkahwin tidak sampai sebulan
kemudian wanita tersebut diceraikan talak tiga. Wanita tersebut
diceraikan talak tiga. Nauzubillahiminzalik, mintalah kita dijauhkan
dengan perkara sedemikian.
Apa yang pembaca rasa apabila wanita tersebut adalah diri pembaca.
Tidak mungkin pembaca tidak rasa apa-apa. Tidak mungkin. Penulis dapat
rasakan bercinta sebelum kahwin lebih banyak keburukkan berbanding
kebaikan. Tambah-tambah cinta atas dasar seks. Penulis tidak mahu
bahaskan isu kebaikkan dan keburukkan bercinta sebelum kahwin di sini,
insya-Allah mungkin di sesi yang lain.
Penulis berharap dengan sedikit perkongsian yang tidak seberapa ini
dapat membuka minda dan fikiran kita. Insya-Allah. Penulis sarankan yang
sudah bercinta itu ikutlah sedikit sebanyak panduan yang telah
diberikan ini. Pilihlah antara satu dari tiga kaedah yang disarankan,
kalau ada yang lebih baik lagi bagus.
Pembaca yang sedang bercinta perlu ingat, setiap tindakan akan
memberi kesan kepada pembaca dan pasangan pada masa sekarang dan juga
akan datang. Ingatlah, jangan disebabkan cinta manusia yang tidak halal
memudahkan kita menuju ke neraka Allah S.W.T. Nauzubillahiminzalik.

......
BalasPadamfollow...
BalasPadam