Selasa, 9 April 2013
Khamis, 4 April 2013
Kelebihan Ubi Kayu
Manfaat Ubi Kayu
Ubi Kayu mempunyai banyak khasiat bagi kesihatan. Ubi Kayu juga dikenali sebagai akar yang mempunyai khasiat antioksidan, antikanser, antitumor, dan boleh meningkatkan nafsu makan. Tidak hanya itu, Ubi Kayu juga mampu menyembuhkan pelbagai penyakit antaranya :
Khasiat Ubi Kayu untuk Penyakit Radang Sendi
Untuk mengubati Radang Sendi (Rheumatoid Arthritis = suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain) rawatan dengan Ubi Kayu boleh dari dalam mahupun luar. Pada pemakaian luar, gunakan daun Ubi Kayu lima helai ditambah 15 gram halia. Lalu ditumbuk dan sapukan pada tubuh.
Untuk rawatan dari dalam, gunakan 100 gram batang Ubi Kayu, serai, garam, halia 15 gram. Semua bahan tersebut direbus dengan 1000 ml air hingga menjadi 400 ml. Ditapis dn minum sebanyak 200 ml sekali dalam sehari. Lakukan selama dua hari.
Manfaat Ubi Kayu untuk Demam
Rebus 60 gram batang Ubi Kayu dan 300 gram daun Ubi Kayu dengan 800 ml air. Biarkan rebusan menyusut hingga 400 ml, ditapis dan minum. Untuk hasil maksima, mesti meminumnya dua kali sehari.
Khasiat Ubi Kayu untuk Luka
Ubi Kayu juga boleh digunakan untuk mengubati luka yang telah memasuki tahap jangkitan. Caranya: Tumbuk batang Ubi Kayu yang masih segar, lalu letak di kawasan yang luka. Boleh juga dibalut lagi dengan pembalut. Untuk luka yang disebabkan oleh benda panas, Ubi Kayu boleh diparut dan diperah. Kemudian sapu di kawasan luka. Lakukan hingga luka kering.
Manfaat Ubi Kayu untuk Sakit Cirit-Birit
Untuk mengubati cirit-birit atau sakit perut, cuba gunakan daun Ubi Kayu. Caranya dengan merebus tujuh lembar daun Ubi Kayu dengan 800 ml air, biarkan hingga menyusut 400 ml, ditapis dan diminum.
Khasiat Ubi Kayu untuk Sakit Kepala
Minum ubat sakit kepala terlalu banyak juga tidak baik untuk kesihatan. Oleh kerana itu, sebaiknya cuba cara alami dengan menumbuk daun Ubi Kayu hingga halus, lalu menaruhnya di atas kepala untuk menyembuh.
Manfaat Ubi Kayu untuk Penyakit Gout
Beruntung bagi mereka yang gemar menikmati daun Ubi Kayu, kerana akan terhindar dari penyakit ini. Namun, bagi yang sudah terkena penyakit gout, harus mengambil 200 gram daun Ubi Kayu rebus seperti sayur-sayuran segar.
Khasiat Ubi Kayu untuk Meningkatkan Stamina
Untuk meningkatkan stamina, campurkan 100 gram Ubi Kayu, 5 butir angco (sejenis kurma China), dan air. Untuk mengelakkan rasa pahit, tambah sedikit madu.
Selasa, 12 Februari 2013
Pemulaan kerjaya di O'connor's Engineering
Perjalananku : Permulaan kerjaya di O’connor’s Engineering
Bismillahhirahmannirahhim….
Setelah 3 bulan
menganggur dari tempat kerja lamaku iaitu Ericsson Competence Center, akhirnya
aku ditawarkan untuk bekerja disebuah Syarikat yang bernama O’connor’s Engineering.
Aku ditawarkan bekerja di O’connor’s setelah aku menghadiri interview yang
ke-54 dalam hidupku sepanjang perjalana karier ku. Ada orang bertanya kat aku “takkan
sampai dah dekat 50 interview pegi x dapat gak keje…” Aku menjawab “rezeki
Allah yang berikan, aku hanya mampu merancang jer”. Aku sendiri x pasti mengapa
aku langsung tak berasa letih atau penat untuk pergi interview bahkan aku rasa
semakin seronok kerana macam-macam pengalaman yang aku dapat walaupun x dapat
kerje waktu tu. Orang yang rapat dengan aku mungkin akan mengerti mengapa aku
masih lagi tidak bekerja ketika itu. Ada
juga yang berasa pelik kenapa aku tidak bekerja tapi masih mampu meneruskan
kehidupan seperti biasa dan tidak mengalami sebarang masalah kewangan. Jawapan
dia amat mudah sekali, “mesti percaya dan yakin bahawa Allah yang memberi
rezeki, kita hanya mampu merancang dan berusaha sahaja..” Jika sebut tentang
“perancangan”, sememangnya aku tidak pun merancang untuk berhenti kerja di
Ericsson walaupun tugas agak mencabar ketika itu tetapi aku sentiasa bersedia
dengan menyimpan gaji bulanan jika tiba-tiba berhenti kerja. Simpanan yang aku
buat at least mesti mampu menampung jika aku tidak bekerja selama 3 bulan. Duit
simpanan yang dibuat termasuklah perbelanjaan harian seperti makan, minyak
motor, emergency case dan juga yuran pengajian part time aku di UTM.
Kalau nak diikutkan
asal ada jawatan kosong kt internet jer aku akan apply asalkan description job
untuk position tu aku berminat. Asal ada panggilan interview jer aku akan
pergi, tak kira dari company besar sampai ler company kecik, kadangkala satu
hari tu aku pergi dekat 3 interview.. Target job description aku time tu 3 jer,
yang first sekali IT sebab aku sekarang study dlm bidang IT, yang kedua
Telecomunication sebab aku pernah bekerja dibidang Telecomunication dan yang
terakhir sekali barulah Electric&Electronic. Banyak company yang offer
kerja aku terpakse menolak secara baik kerana mereka meminta bekerja Sabtu
Ahad. Aku beritahu mereka bukan aku taknak bekerja kt company dorang tapi I
need to attend class every weekends. Aku rasa tercabar biler time interview ada
yang cakap cmni “I can offer yur salaries same like Degree holder and I want
give U lots of package remuneration and I think U can studies by taking courses
from my company …” Jawapan aku time tu “ I don’t need the money, but the most
important in my life is knowledge. I hope U can appreciate it!”. Semasa hari
interview di O’connor’s aku mendapat satu lagi interview iaitu Company Zanon.
Alhamdulillah kedua-dua interview hari tu aku di offer kerja dari kedua-dua
company. Aku diberi pilihan untuk membuat keputusan dalam tempoh 1 minggu dari
tarikh interview sama ada hendak terima atau tidak.
O’connor’s menawarkan
gaji yang lebih menarik dan beza gaji sehingga hampir RM700 dengan company
kedua iaitu Zanon. Kalau diikutkan jarak perjalanan dari rumah ke tempat kerja,
company Zanon lebih dekat dari tempat kerja. Dari segi position pula O’connor’s
lagi better kerana ia menawarkan position Assistant Project Engineer dan Zanon
pula menawarkan Executive Technician. Tapi bagi aku semua itu tidak penting,
yang paling penting memperolehi ilmu yang lebih dari tempat yang aku kerja dan
menjadi seorang yang hebat dalam bidang yang diceburi. Jika difikirkan dari
segi tanggungjawab, O’connor’s lebih berat dan dapat improve diri aku dari segi
PR (Public Relations). Zanon pula dia boleh menambahkan ilmu aku dari segi
technical knowledge serta dia menawarkan package amik cos international dari
company dorang dan akan di bond mengikut tempohnya. Kesimpulannya masing-masing
mempunyai kelebihan tersendiri dan sukar bagi aku untuk membuat keputusan. Aku
minta pendapat kawan-kawan, family dan orang yang lebih pengalaman untuk
memilihnya, Kesemua memberi jawapan yang sama supaya memilih O’connor’s dan aku
rasa itu yang terbaik bagi aku ketika itu. Aku mengambil alih tanggungjawab yang lagi besar sebelum ini kerana aku telah memilih gaji yang tinggi, gaji tinggi pada pemikiran aku bermakna lagi besarlah tanggungjawab yang perlu aku pikul.
Sebenarnya, ini juga salah satu faktor atau alasan aku tidak memilih O'connor's, bukannya mahu lari dari tanggungjawab tetapi aku tahu banyak benda yang perlu dipikul. Alasan keduanya aku tidak mahu memilih O'connor's adalah kerana banyak job scope position ni adalah kelemahan aku. Tetapi aku beranikan diri untuk memilihnya kerana ada 2 orang yang paling rapat dengan aku ketika itu memberi inspirasi untuk memilih jawatan ini supaya mengatasi kelemahan aku. Matlamat sebenar aku ketika masuk bekerja bukanlah untuk mengejar duit atau pangkat tetapi niat aku ketika itu adalah untuk mengatasi kelemahan diri sendiri dan memperolehi sesuatu dari pekerjaan ini. Alhamdulillah atas niat ini juga, segala urusan dan kerja aku dimudahkan oleh Allah. Bagi aku dalam sesuatu pekerjaan janganlah meletakkan target duit, pangkat atau nama. Yang paling utama adalah keikhlasan bekerja, jika kita target duit dalam sesuatu pekerjaan memang kita akan nampak duit sahaja dan kita akan terleka dengannya dan akhirnya sampai penghabisan kerjaya pun memang kita akan dapat duit sahaja. Tuhan takkan berikan benda selain selain duit, tuhan takkan berikan kebahagiaan dan kenikmatan dalam bekerja. Tuhan akan menutup pintu hati kita untuk melihat benda yang lain yang lebih indah dari duit, begitu juga situasi jika kita meletakkan pangkat. Tetapi jika kita ikhlas bekerja insyaallah tuhan akan memberikan segala-galanya.
Memang betul hakikatnya
apa yang orang fikir atau target dalam sesuatu bidang yang diambil tidak
seperti dengan apa yang kita fikir. Disini saya ingin mengambil satu contoh, contohnya
jika seseorang itu belajar di dalam bidang engineering tetapi bekerja di dalam
bidang yang lain tetapi kerja tersebut adalah kerja kerajaan. Bagi orang lain,
orang akan memandang diri orang yang kerja kerajaan itu adalah seorang yang
hebat, kerana die berjaya mendapatkan kerja kerajaan tetapi tidak bagi saya. Bagi saya seorang yang hebat di dalam bidang
engineering ini adalah orang yang besusah payah belajar dan bekerja di dalam bidang ini dan
ia berjaya mencapai sesuatu tahap yang tertinggi. Kerana saya tahu untuk mencapai satu tahap yang bergelar ENGINEER bukan
hanya pada nama amatlah sukar. Kita boleh mengetahui dengan melihat cara
mereka berfikir, pengetahuan / ilmu yang ada padanya dan apa yang mereka
hasilkan dari usahanya serta juga manfaat mereka pada orang lain. Golongan inilah yang saya amat mengagumi mereka,
dan saya amat mencemburui mereka. Ini juga hasil dari pemerhatian terhadap orang lain juga, apa yang saya lihat hampir semua sebenarnya mahukan
kerja yang senang dengan gaji yang banyak, termasuk diri saya pada suatu ketika dahulu. Tapi sebenarnya
saya berani mengatakan adalah MUSTAHIL untuk mencari kerja seperti ini didunia. Inilah hakikat dunia, tiada jalan mudah untuk berjaya. Yang ada hanyalah atas usaha dan kebolehan kita menentukan perjalanan kita..
BERSAMBUNG >>>>>>>>>
Ahad, 27 Januari 2013
A Conversation Between Students And Professor
Professor : You are a Muslim, aren’t you, son ?
Student : Yes, sir.
Professor: So, you believe in GOD ?
Student : Absolutely, sir.
Professor : Is GOD good ?
Student : Sure.
Professor: Is GOD all powerful ?
Student : Yes.
Professor: My brother died of cancer even though he prayed to GOD to heal him. Most of us would attempt to help others who are ill. But GOD didn’t. How is this GOD good then? Hmm?
(Student was silent.)
Professor: You can’t answer, can you ? Let’s start again, young fella. Is GOD good?
Student : Yes.
Professor: Is satan good ?
Student : No.
Professor: Where does satan come from ?
Student : From … GOD …
Professor: That’s right. Tell me son, is there evil in this world?
Student : Yes.
Professor: Evil is everywhere, isn’t it ? And GOD did make everything. Correct?
Student : Yes.
Professor: So who created evil ?
(Student did not answer.)
Professor: Is there sickness? Immorality? Hatred? Ugliness? All these terrible things exist in the world, don’t they?
Student : Yes, sir.
Professor: So, who created them ?
(Student had no answer.)
Professor: Science says you have 5 Senses you use to identify and observe the world around you. Tell me, son, have you ever seen GOD?
Student : No, sir.
Professor: Tell us if you have ever heard your GOD?
Student : No , sir.
Professor: Have you ever felt your GOD, tasted your GOD, smelt your GOD? Have you ever had any sensory perception of GOD for that matter?
Student : No, sir. I’m afraid I haven’t.
Professor: Yet you still believe in Him?
Student : Yes.
Professor : According to Empirical, Testable, Demonstrable Protocol, Science says your GOD doesn’t exist. What do you say to that, son?
Student : Nothing. I only have my faith.
Professor: Yes, faith. And that is the problem Science has.
Student : Professor, is there such a thing as heat?
Professor: Yes.
Student : And is there such a thing as cold?
Professor: Yes.
Student : No, sir. There isn’t.
(The lecture theatre became very quiet with this turn of events.)
Student : Sir, you can have lots of heat, even more heat, superheat, mega heat, white heat, a little heat or no heat. But we don’t have anything called cold. We can hit 458 degrees below zero which is no heat, but we can’t go any further after that. There is no such thing as cold. Cold is only a word we use to describe the absence of heat. We cannot measure cold. Heat is energy. Cold is not the opposite of heat, sir, just the absence of it.
(There was pin-drop silence in the lecture theater.)
Student : What about darkness, Professor? Is there such a thing as darkness?
Professor: Yes. What is night if there isn’t darkness?
Student : You’re wrong again, sir. Darkness is the absence of something. You can have low light, normal light, bright light, flashing light. But if you have no light constantly, you have nothing and its called darkness, isn’t it? In reality, darkness isn’t. If it is, were you would be able to make darkness darker, wouldn’t you?
Professor: So what is the point you are making, young man ?
Student : Sir, my point is your philosophical premise is flawed.
Professor: Flawed ? Can you explain how?
Student : Sir, you are working on the premise of duality. You argue there is life and then there is death, a good GOD and a bad GOD. You are viewing the concept of GOD as something finite, something we can measure. Sir, Science can’t even explain a thought. It uses electricity and magnetism, but has never seen, much less fully understood either one. To view death as the opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a substantive thing.
Death is not the opposite of life: just the absence of it. Now tell me, Professor, do you teach your students that they evolved from a monkey?
Professor: If you are referring to the natural evolutionary process, yes, of course, I do.
Student : Have you ever observed evolution with your own eyes, sir?
(The Professor shook his head with a smile, beginning to realize where the argument was going.)
Student : Since no one has ever observed the process of evolution at work and cannot even prove that this process is an on-going endeavor. Are you not teaching your opinion, sir? Are you not a scientist but a preacher?
(The class was in uproar.)
Student : Is there anyone in the class who has ever seen the Professor’s brain?
(The class broke out into laughter. )
Student : Is there anyone here who has ever heard the Professor’s brain, felt it, touched or smelt it? No one appears to have done so. So, according to the established Rules of Empirical, Stable, Demonstrable Protocol, Science says that you have no brain, sir. With all due respect, sir, how do we then trust your lectures, sir?
(The room was silent. The Professor stared at the student, his face unfathomable.)
Professor: I guess you’ll have to take them on faith, son.
Student : That is it sir … Exactly ! The link between man & GOD is FAITH. That is all that keeps things alive and moving.
Mr Brain : I believe you have enjoyed the conversation. And if so, you’ll probably want your friends / colleagues to enjoy the same, won’t you?
Rabu, 23 Januari 2013
CERPEN : KISAH TENTANG COUPLE
COUPLE ISLAMIC ???
Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.
beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.
Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.
"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah,Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”
Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...
Mr Brain : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya.. Peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya.... :)
Ahad, 16 Disember 2012
Antara Tiga Benda Yang Penting
Perjalanan Melalui Tiga Benda
Ada 3 Hal dalam hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan
Ada 3 Hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam
Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran
Ada 3 Hal yang paling berharga :
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan
Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi
Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorang :
1.Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras
Ada 3 Hal yang membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus
Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh
TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yang PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian
Sabtu, 15 Disember 2012
Perjalanan Seorang Cikgu Tadika [ Versi 2 ]
Permulaan Kerjaya Seorang Cikgu Tadika
Pada december 2010, tamatlah pengajian diploma saya di Politeknik. Dengan itu giat dan galaklah saya mencari kerja. Akhirnya saya diterima bekerja di Ericsson Competence Center sebagai Repairer Technician. Pada masa yang sama, kawan2 lain sibuk dengan persiapan untuk masuk ke university. Pada asalnya ibu tak membenarkan saya bekerja dan menyuruh menyambung pelajaran sepenuh masa. Memikirkan hanya ibu yang saya ada,saya tak mahu memberatkan masa tuanya dengan terpaksa menanggung saya belajar,saya tekad untuk bekerja. Selepas beberapa bulan bekerja,sekali lagi ibu melahirkan hasrat untuk melihat saya menyambung pelajaran ke peringkat ijazah macam kakak, sebelum dia menutup matanya buat selamanya. Akur dengan permintaan ibu, saya memilih untuk membuat pengajian separuh masa. Saya diterima masuk ke UTM Space! Alhamdulillah.. Simpanan yang dikumpul untuk membantu ibu membina rumah, ibu pulangkan kembali untuk di jadikan bayaran pengajian. Perasaan malu, sebak, terharu dan sedih bercampur. Pada masa yang sama, saya ditawarkan juga untuk mengikuti kursus Oracle di bawah MSC. Memandangkan saya pernah mengikuti kursus di bawah MSC semasa belajar, tanpa berfikir panjang dan hanya satu matlamat pada masa itu iaitu ‘Career Advancement’ saya terus menerima. Tapi dengan bersyarat iaitu saya terpaksa berhenti pekerjaan sekarang demi mengikuti jadual kursus setiap hari isnin sehingga jumaat. Memikirkan sijil yang bakal diperoleh nanti ‘Mahal’ kononnya, saya terus berhenti kerja. Saya diterima masuk, tapi mungkin telah ditakdirkan, kursus ditangguh sebulan demi sebulan sehingga menjadi 6 bulan..selama itulah juga lah saya menganggur. Malangnya, pada akhirnya nama saya digugurkan untuk member laluan pada pelajar Uniten kerana saya bukan lagi ‘Fresh Graduate’. Tidak menyalahkan takdir, saya nampak hikmah disebalik kejadian, ALLAH memberi peluang saya menjaga ibu di kampung setelah 4tahun saya meninggalkan ibu ber seorang kerana belajar dan kemudiaannya bekerja di Shah Alam. ALLAH Maha Adil, company yang menjadi Sub Con MSC yang bertanggungjawab memilih pelajar dan memberi kursus oracle tersebut telah di batalkan contractnya oleh MSC.
Selepas hampir setahun saya menganggur dan mencari pekerjaan baru, di saat2 saya hampir berputus asa kerana lansung tidak diberi peluang bekerja dalam bidang IT di mana pengajian yang di ambil di Space sekarang, Alhamdulillah, saya dapat pekerjaan sebagai seorang GURU TADIKA. Saya ditugaskan mengajar kanak-kanak 6 tahun. Mungkin inilah takdirnya..dan rezeki yang ALLAH hendak beri.. Mungkin kerana minat yang terlalu mendalam terhadap kanak2, disebabkan ibu juga adalah seorang pengasuh di kampung dan saya menyayangi kerjaya ini.
Bergelumang dengan kanak-kanak kecil memang memenatkan. Mendidik mereka membaca,menulis mengira dalam umur yang masih mentah seawal 3 tahun sehingga 6 tahun bukanlah mudah.
Malah, kerjaya guru lebih luas kerana kite perlu menasihati mereka memandangkan mereka kanak-kanak kecil yang masih suci. Tanggungjawab kite menunjukkan ape yang patut dan ape yang tak patut kan?? Kita juga adalah ibu dan bapa mereka di sekolah.
Baru tahu tugas seorang guru sangat besar. Salahlah kalau orang kate " MINTAK JE JADI CIKGU, SONANG,KUL 1 DAH BALIK RUMAH"..wowowow..salah lorhhh, banyak bende menanti, banyak perancangan yang perlu untuk kanak-kanak itu dan sebagai guru pastinya parents akan sentiasa bertanya how about the progress of their children.. Kite kene paham sebab 1 hari nanti kite juga akan jadi ibu bapa kan?
Tapi??????
Kenapa macam ade orang pandang rendah dengan tugas tu.
"belajar tinggi-tinggi jadi cikgu tadika aje?"..itu adelah soalan feymes. Lantaklah kan, saya bahagia dan terharu bile budak-budak tu boleh membaca dan menulis dan bende tu diorang akan guna seumur hidup diorang. Mungkin gajinye rendah,
dan sebab gaji juga buat saya perlu berfikir panjang dalam kehidupan jangka panjang. Dengan gaji RM800 sebulan, mana mungkin saya dapat buat semuanya termasuk melangsaikan hutang ptptn RM18 000 ringgit saya. So, saya perlu mulakan kehidupan baru.
Tapi sebab saya sayangkan kerjaya ini dan masih belum mendapat mana2 peluang lain.. Saya teruskan tanggujawab mendidik kanak2 ini. Kerana pada masa yang sama,saya juga banyak belajar dari kanak2 yang masih suci ini. Mungkin ini adalah ujian dan pengajaran ALLAH untuk saya. ALLAH mengetahui segalanya.
P/S : Seronoknya kalo gaji cikgu tadika kat Malaysia ni sama macam kat oversea dimana mereka diangkat martabat dan gaji berganda2..paling lekeh pun,biarla setimpal dengan kelulusan yang ada. TAPI pahala dari ALLAH adalah lebih berganda2..:)
Mr Brain Comment : "Bagi saya kerjaya seorang guru sangat mulia dan perlulah dihargai dengan sebaiknya. Didalam hidup saya guru adalah orang yang kedua saya sangat hormati selain dari kedua Ibubapa saya. Istilah "guru" bagi saya tidak mengira kedudukan, hatta pengemis sekalipun, jika dia mampu mengajar sesuatu yang baik, saya masih menganggap dia seorang guru walaupun dipandang rendah oleh orang lain"
Langgan:
Catatan (Atom)
Wallpaper 1920x1080 : Mr Robot
Hi, I just create wallpaper inspired from Mr. Robot Series with quotes "A Bug Is Never Just A Mistake. It Represents Something Bigger...
-
Cerita Tentang Guru Tadika Mr Brain : " Kisah ini adalah hasil pengalaman dan penulisan cikgu tadika itu sendiri untuk say...
-
Penantian Itu Suatu ........ ? Ada dua jenis penantian. Satu, penantian yang sia-sia. Dua, penantian yang berhasil. Penantian...
-
Rumput dan Kasih Sayang Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang m...




