Rabu, 23 Januari 2013

CERPEN : KISAH TENTANG COUPLE


COUPLE ISLAMIC ???


Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah,Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

Mr Brain : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya.. Peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya.... :)

Ahad, 16 Disember 2012

Antara Tiga Benda Yang Penting

Perjalanan Melalui Tiga Benda 



Ada 3 Hal dalam hidup yg tidak boleh kembali : 
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan

Ada 3 Hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang : 
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam

Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang : 
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

Ada 3 Hal yang paling berharga : 
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan

Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak pernah pasti : 
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi

Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorang : 
1.Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

Ada 3 Hal yang membuat kita sukses : 
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus

Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu : 
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yang PASTI : 
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian

Sabtu, 15 Disember 2012

Perjalanan Seorang Cikgu Tadika [ Versi 2 ]


  Mr Brain : "Kisah ini adalah kesinambungan bagi Versi 1 hasil dari penulisan Guru Tadika tersebut untuk saya kongsikan"


Permulaan Kerjaya Seorang Cikgu Tadika


Pada december 2010, tamatlah pengajian diploma saya di Politeknik. Dengan itu giat dan galaklah saya mencari kerja. Akhirnya saya diterima bekerja di Ericsson Competence Center sebagai Repairer Technician. Pada masa yang sama, kawan2 lain sibuk dengan persiapan untuk masuk ke university. Pada asalnya ibu tak  membenarkan saya bekerja dan  menyuruh menyambung pelajaran sepenuh masa. Memikirkan hanya ibu yang saya ada,saya tak mahu memberatkan masa tuanya dengan terpaksa menanggung saya belajar,saya tekad untuk bekerja. Selepas beberapa bulan bekerja,sekali lagi ibu melahirkan hasrat untuk melihat saya menyambung pelajaran ke peringkat ijazah macam kakak, sebelum dia menutup matanya buat selamanya. Akur dengan permintaan ibu, saya memilih untuk membuat pengajian separuh masa. Saya diterima masuk ke UTM Space! Alhamdulillah.. Simpanan yang dikumpul untuk membantu ibu membina rumah, ibu pulangkan kembali untuk di jadikan bayaran pengajian. Perasaan malu, sebak, terharu dan sedih bercampur.  Pada masa yang sama, saya ditawarkan juga untuk mengikuti kursus Oracle di bawah MSC. Memandangkan saya pernah mengikuti kursus di bawah MSC semasa belajar, tanpa berfikir panjang dan hanya satu matlamat pada masa itu iaitu ‘Career Advancement’  saya terus menerima. Tapi dengan bersyarat iaitu saya terpaksa berhenti pekerjaan sekarang demi mengikuti jadual kursus setiap hari isnin sehingga jumaat. Memikirkan sijil yang bakal diperoleh nanti ‘Mahal’ kononnya, saya terus berhenti kerja. Saya diterima masuk, tapi mungkin telah ditakdirkan, kursus ditangguh sebulan demi sebulan sehingga menjadi 6 bulan..selama itulah juga lah saya menganggur. Malangnya, pada akhirnya nama saya digugurkan untuk member laluan pada pelajar Uniten kerana saya bukan lagi ‘Fresh Graduate’. Tidak menyalahkan takdir, saya nampak hikmah disebalik kejadian, ALLAH memberi  peluang saya menjaga ibu di kampung  setelah 4tahun saya meninggalkan ibu ber seorang kerana belajar dan kemudiaannya bekerja di Shah Alam. ALLAH Maha Adil, company yang menjadi Sub Con MSC yang bertanggungjawab memilih pelajar dan memberi kursus oracle tersebut telah di batalkan contractnya oleh MSC.

Selepas hampir setahun saya menganggur dan mencari pekerjaan baru, di saat2 saya hampir berputus asa kerana lansung tidak diberi peluang bekerja dalam bidang IT di mana pengajian yang di ambil di Space sekarang, Alhamdulillah, saya dapat pekerjaan sebagai seorang GURU TADIKA. Saya ditugaskan mengajar kanak-kanak 6 tahun. Mungkin inilah takdirnya..dan rezeki yang ALLAH hendak beri.. Mungkin kerana minat yang terlalu mendalam terhadap kanak2, disebabkan ibu juga adalah seorang pengasuh di kampung dan saya menyayangi kerjaya ini.

Bergelumang dengan kanak-kanak kecil memang memenatkan. Mendidik mereka membaca,menulis mengira dalam umur yang masih mentah seawal 3 tahun sehingga 6 tahun bukanlah mudah.
Malah, kerjaya guru lebih luas kerana kite perlu menasihati mereka memandangkan mereka kanak-kanak kecil yang masih suci. Tanggungjawab kite menunjukkan ape yang patut dan ape yang tak patut kan?? Kita juga adalah ibu dan bapa mereka di sekolah.

Baru tahu tugas seorang guru sangat besar. Salahlah kalau orang kate " MINTAK JE JADI CIKGU, SONANG,KUL 1 DAH BALIK RUMAH"..wowowow..salah lorhhh, banyak bende menanti, banyak perancangan yang perlu untuk kanak-kanak itu dan sebagai guru pastinya parents akan sentiasa bertanya  how about the progress of their children.. Kite kene paham sebab 1 hari nanti kite juga akan jadi ibu bapa kan?

Tapi??????
Kenapa macam ade orang pandang rendah dengan tugas tu.
"belajar tinggi-tinggi jadi cikgu tadika aje?"..
itu adelah soalan feymes. Lantaklah kan, saya bahagia dan terharu bile budak-budak tu boleh membaca dan menulis dan bende tu diorang akan guna seumur hidup diorang. Mungkin gajinye rendah,
dan sebab gaji juga buat saya perlu berfikir panjang dalam kehidupan jangka panjang. Dengan gaji RM800 sebulan, mana mungkin saya dapat buat semuanya termasuk melangsaikan hutang ptptn RM18 000 ringgit saya. So, saya perlu mulakan kehidupan baru.
Tapi sebab saya sayangkan kerjaya ini dan masih belum mendapat mana2 peluang lain.. Saya teruskan tanggujawab mendidik kanak2 ini. Kerana pada masa yang sama,saya juga banyak belajar dari kanak2 yang masih suci ini. Mungkin ini adalah ujian dan pengajaran ALLAH untuk saya. ALLAH mengetahui segalanya.

P/S : Seronoknya kalo gaji cikgu tadika kat Malaysia ni sama macam kat oversea dimana mereka diangkat martabat dan gaji berganda2..paling lekeh pun,biarla setimpal dengan kelulusan yang ada. TAPI pahala dari ALLAH adalah lebih berganda2..:)

Mr Brain Comment : "Bagi saya kerjaya seorang guru sangat mulia dan perlulah dihargai dengan sebaiknya. Didalam hidup saya guru adalah orang yang kedua saya sangat hormati selain dari kedua Ibubapa saya. Istilah "guru" bagi saya tidak mengira kedudukan, hatta pengemis sekalipun, jika dia mampu mengajar sesuatu yang baik, saya masih menganggap dia seorang guru walaupun dipandang rendah oleh orang lain"

Sabtu, 1 Disember 2012

Perjalanan Seorang Cikgu Tadika [ Versi 1 ]

Cerita Tentang Guru Tadika


 Mr Brain : "Kisah ini adalah hasil pengalaman dan penulisan cikgu tadika itu sendiri untuk saya kongsikan kepada pembaca blog ini.  "


Situasi A
Orang itu : ko watpe skrg??keje dah???
Aku : haa...da keje...=)
Orang itu : keje pe??
Aku : Cikgu tadika....=)
Orang itu : owhhh...sementara la ni ehhh...ok2...
Aku : (-_-!)

**********
Situasi B
Orang itu : midah!!ko wat pe skrg????
Aku : keje kat tadika..ngajar anak2 kecik..=)
Orang itu : laa...ko x apply ke jawatan XXXXX aritu??
Aku : errr...x pun...
Orang itu : rugila ko..gaji ok tau..standard degree...
Aku : huhuuuu...xpelaaa...rezki kat sini...=)

**********
Situasi C

Orang itu : ko niee....bakal ade degree in Computer Science...tp keje kat tadika..ajo budak2..x berbaloii...
Aku : heheeeeeeeeee......^_______^

**********
Situasi A

Sepanjang saya bekerja di sini belum terlintas lagi di fikiran ni untuk apply kerja lain. Kenapa mesti timbul persoalan "sementara"??? Jawapannya TIDAK! Apa yang saya buat sekarang ni adalah kerana minat. Yer!saya sangat suka dengan budak-budak. Sejujurnya, lepas je ditipu oleh salah satu company bawah MDEC tahun lepas, terus saya cari mana-mana tadika yang sesuai untuk saya bekerja. Akhirnya saya diterima bekerja di Little Caliph. Kadang-kadang saya terfikir. Hina sangatke jadi guru tadika ni......(SEDIH).

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Situasi B

Bukan duit yang saya kejarkan. Bukan gaji tinggi yang saya gilakan. Kalau fikir duit@gaji memang dari awal-awal lagi saya tolak jauh-jauh karier seorang guru tadika ini. Tapi...kerana di tadika inilah bermulanya perubahan saya. Kerana adanya anak-anak kecil inilah yang membuatkan diri ini lebih dekat dengan Allah. Mana mungkin saya tinggalkan tempat yang sangat-sangat berkat ini. Bohong jika saya kata saya tidak jeles melihat rakan-rakan sebaya yang lain kerja di company-company besar yang gajinya sudah terang-terang beriban-riban. Tapi saya yakin, ganjaran dari Allah itu lebih besar dan bermakna. Inilah saham akhirat saya..I'Allah...(HAPPY)

Situasi C

Huhuuu...Setiap kali ayat ini kedengaran di telinga, saya hanya mampu ketawa kecil. Dalam hati memujuk diri..(takpelah dila...saba2....kita kan kerja di jalan Allah..Ape yg x berbaloi pulokk!(Senyummmmmmm)). Entahla ekk.. Sepanjang saya ajar anak-anak kecil ni tak pernah sedetik pun berasa rugi. Malah saya berasa pahala saya sentiasa berjalan. Setiap hari saya ajar anak-anak kecil ini akan ilmu Allah. Dari yang tak kenal alif, ba, ta..sekarang dah pandai baca buku "qiraati". Daripada yang tak kenal ABC, sekarang sudah lancar membaca. Malah baru-baru ini sempena ihtifal (graduation day) saya dapat coment2 positif dari parents (ALHAMDULILLAH). Dari anak2 pulak, saya dapat pelukan erat dan bisikan, I love u teacher..perasaan time tu hanya ALLAH yang tahu..sehingga menitis air mata kegembiraan.

p/s: ALLAH KNOWS BEST.....Assalamualaikum...=)

Rabu, 28 November 2012

Wahai Muslimahku



Muslimah...

Wahai Muslimah...
Jadilah seperti pohon semalu
Bila disentuh menguncup layu
Bukan kerana diri tak mahu
Tapi kerana berasa malu
Menjaga diri milik Allah yg satu

Pohon kecil tapi tajam berduri
Menjadi senjata mempertahankan diri
Moga tak disentuh sesuka hati
Agar jauh dari murka Illahi

Akarnya kuat mencengkam bumi
Tidak tumbang di tiup badai
Begitulah juga muslimah sejati
Maruah dijaga bukan di gadai

Mentari terbenam senja pun tiba
Maka kucuplah juga dedaunannya
Pulanglah ke rumah wahai si jelita
Agar dirimu jauh dari fitnah dunia

"Malu dan iman itu adalah teman seiring dan sejalan. Jika yang satu diangkat nescaya terangkat pula yang satu lagi."

(HR al-Tabarani)

Rabu, 21 November 2012

Lelaki Seperti Ini




JADILAH KAMU LELAKI SEPERTI INI..

         SEORANG LELAKI YG BERIMAN...YG HATINYA DI SALUT DGN RASA TAKWA KPD ALLAH SWT.
YANG JIWANYA PENUH PENGHAYATAN TERHADAP ISLAM,
YANG SENTIASA HAUS DENGAN ILMU,YANG SENTIASA DAHAGA AKAN PAHALA..
YANG SOLATNYA ADALAH MARUAH DIRINYA..
YANG TIDAK PERNAH TAKUT UNTUK BERKATA BENAR..
YANG TIDAK PERNAH GENTAR MELAWAN NAFSU
YANG SENTIASA BERSAMA KUMPULAN ORANG2 YANG BERJUANG DI JALAN ALLAH SWT..

JADILAH SEORANG LELAKI YANG MENJAGA TUTUR KATANYA..
YANG TIDAK BERMEGAH DENGAN ILMU YANG DIMILIKINYA..
YANG TIDAK BERMEGAH DENGAN HARTA DUNIA YANG DICARINYA
YANG SENTIASA BERBUAT KEBAJIKAN,KERANA SIFATNYA YANG PENYAYANG,
YANG MEMPUNYAI RAMAI KAWAN
DAN TIDAK MEMPUNYAI MUSUH YANG BERSIFAT JEMBALANG

JADILAH KAMU SEORANG LELAKI ,YANG MENGHORMATI IBU BAPANYA
YANG SENTIASA BERBAKTI KEPADA ORANG TUANYA DAN KELUARGANYA..
YANG BAKAL MENJAGA KERUKUNAN RUMAH TANGGA..
YANG AKAN MENDIDIK ISTERI ISTERI DAN ANAK2 MENDALAMI ISLAM,
YANG MENGAMALKAN HIDUP DALAM KESEDERHANAAN,
KERANA DUNIA BAGINYA ADALAH RUMAH SEMENTARA MENUJU AKHIRAT..

JADILAH SEORANG LELAKI YANG SENTIASA BERSEDIA MENJADI IMAM,
YANG HIDUP DI BAWAH NAUNGAN AL QURAN
DAN MENCONTOHI SIFAT2 RASULULLAH S.A.W
YANG BOLEH DIAJA BERBINCANG DAN BERBICARA,
YANG MENJAGA MATANYA DARI BERBELANJA KE ARAH YG SALAH,
YANG SUJUD NYA PENUH KESYUKURAN DENGAN NIKMAT YANG DI BERIKAN ALLAH..

JADILAH SEORANG LELAKI YANG TIDAK PERNAH MEMBAZIRKAN MASA ,
MATANYA KEPENATAN KERANA MEMBACA AL QURAN..
SUARANYA LESU KERANA PENAT BERZIKIR..
TIDURNYA LENA DENGAN CAHAYA KEIMANAN
BANGUNNYA SUBUH PENUH KECERGASAN,
KERANA SEHARI LAGI USIANYA BERTAMBAH KEMATANGAN..

JADILAH SEORANG LELAKI  YANG SENTIASA MENGINGATI  MATI
YANG BAGINYA DUNIA ADALAH LADANG AKHIRAT..
YANG MANA BUAH KEHIDUPAN ITU PERLU DI BAJA DAN DI JAGA
AGAR BERPUTIK TUNAS YANG BAKAL  MENJAGA BAKA DENGAN BAIK.
MENERUSKAN PERJUANGAN ISLAM SEBELUM HARI KEMUDIAN..

JADILAH SEORANG LELAKI YANG TIDAK TERPESONA
DENGAN BUAIAN DUNIA.
KERANA DIA AKAN MENGIMPIKAN SYURGA ALLAH SWT.

Ahad, 14 Oktober 2012

SIFAT SABAR DI DALAM UJIAN PENENTU KEJAYAAN



Disebalik Ujian Dan Kesabaran

Teruskan pendakian mengejar kejayaan, bawa bersama benih kesabaran. Hari ini, ada seseorang mesej ke dalam inbox di page saya bertanyakan soalan yang saya rasa perlu dikongsi bersama. Soalan itu berbunyi:
“Allah itu tidak akan memberatkan kepada hamba dengan perkara yang dia tidak mampu tanggung. Namun mengapa ada orang boleh murtad setelah keluarganya meninggal dalam suatu tragedi kemalangan? Adakah Allah tidak tahu bahawa dia tidak mampu? Selain itu, ramai diluar sana yang sampai sanggup membunuh diri kerana tidak dapat menerima takdir hidup. Bukankah itu menunjukkan dia tidak mampu? Mengapa manusia perlu diuji?

Mengapa ada ujian dalam kehidupan?

Sebenarnya ujian merupakan lumrah dalam kehidupan. Jika kita menghendaki sesuatu yang kita sukai perlu kita berusaha menggapainya. Dalam pada itu, kesempitan, kesukaran dan berbagai rintangan perlu ditempuhi untuk memenuhi cita-cita kita itu. Lebih-lebih lagi apabila kita mengharap redha Allah yang tiada tandingan jika hendak dibandingkan dengan apa jua bentuk kenikmatan. Namun, ujian di dunia sebenarnya bersifat sementara dan hanya untuk menilai tahap kesabaran manusia. Allah berfirman:
“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)” ( Al-Mulk: 2)
Hakikat dalam ujian adalah menentukan darjat seseorang insan di sisi Tuhan. Sama ada baik atau buruk semua terpulang kepada diri manusia itu sendiri. Selain itu, jika kita teliti semula sejarah manusia-manusia yang berjaya dalam hidupnya tidak pernah lekang kehidupan mereka daripada menghadapi ujian.
Lihat dalam sejarah hidup baginda s.a.w, berapa kali baginda dicaci maki? Berapa kali batang tubuh baginda disakiti? Berapa kali baginda digelar itu dan ini? Bukankah baginda seorang nabi? Adakah kita lebih mulia daripada baginda sehingga ujian yang datang melanda kita anggap sebagai suatu penyeksaan? Sedangkan baginda menghabisi seluruh kehidupannya dengan menyebarkan kebaikan walhal kita hidup dengan penuh kepura-puraan.
Oleh itu, sedarlah wahai insan, kita diuji bukan bermakna Allah menjauhkan kita dengan-Nya. Bahkan manusia yang teguh dan sabar dalam menempuhi ujian ini hakikatnya dia lebih dekat dengan Allah s.w.t. Di samping itu, apabila manusia diuji sebenarnya Allah sedang berbicara dengannya kerana Allah mahu kebaikan tersemat dalam jiwa hamba. Sabda Rasulullah s.a.w daripada Abu Hurairah r.a:
“Barangsiapa yang Allah kehendaki akan memperoleh kebaikan maka Allah akan timpakan kepadanya musibah padanya baik yang mengenai tubuhnya atau hartanya atau apa-apa yang menjadi kekasihnya”.( HR Bukhari )

Ujian sekadar kemampuan insan

“Allah tidak membebani manusia melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Al-Baqarah:286)
Begitu bunyi ayat Allah menggambarkan kepada manusia sebenarnya Dia tidak memberatkan manusia dengan apa yang tidak mampu untuk dilakukan.  Namun, mengapa masih ada manusia seakan-akan tidak dapat menerima ujian dari-Nya?
Maha suci Allah daripada tidak tahu tahap keupayaan manusia. Hakikat sebenarnya, tahap keupayaan seseorang insan itu ditentukan oleh dirinya sendiri. Sejauh mana dia ingin membawa diri jika ditimpa kesusahan atau sekuat mana dia mampu mendepani segala permasalahan dalam kehidupan semuanya bergantung pada kekentalan jiwa insan.
Merujuk kepada persoalan diatas tentang seseorang yang murtad atau melakukan keburukan yang lain selepas diuji dengan kematian keluarga akibat kemalangan saya suka untuk melontarkan beberapa idea. Jika kita lihat semula, manusia secara pasti akan menemui mati. Justeru, bagi mereka yang ditimpa musibah seperti ini tidak perlu lama bersedih hati. Bukan bermaksud tidak perlu sedih atau mengenang akan kematian. Namun, jangan menjadikan ia sebagai titik pengakhiran hidup kita atau titik mula kita melakukan kerosakan kerana bagi mereka yang sedar bahawa setiap insan juga akan turut ikut sama(mati) maka tidak wajar bagi mereka bersedih dalam kadar yang lama apalagi murtad.
Allah menguji seseorang dengan kemampuannya. Disebalik itu, Dia menyediakan balasan setimpal dengan ujian yang telah ditetapkan dengan syarat perlu diterbit dalam jiwa manusia itu rasa redha dengan ketentuan-Nya. Bagi kes seperti ini nabi s.a.w ada bersabda daripada Abu Hurairah r.a:
“Tidak ada balasan bagi seseorang hambaku yang mu’min di sisiKu di waktu aku mengambil kekasihnya dari ahli dunia, kemudian ia mengharapkan keredhaan Allah melainkan orang itu memperoleh syurga.”(HR Bukhari)

Proses peningkatan iman

Iman manusia meningkat dan menurun. Meningkat apabila dilimpahi dengan ibadat, menurun apabila melakukan maksiat. Ujian dalam kehidupan merupakan elemen yang Allah tetapkan untuk menilai tahap keimanan seseorang sama ada tertingkat atau sebaliknya. Allah berfirman:
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” (Al-Ankabut:2)
Begitu sebenarnya hakikat keimanan. Ia bukanlah angan-angan atau mimpi. Tetapi ia adalah apa yang tersemat kukuh di dalam diri dan terzahir dengan amalan yang menjadi bukti. Keberjayaan ujian pada setiap manusia dinilai dengan tahap kesabarannya menempuhi segala cabaran kerana orang-orang bersabar sesungguhnya Allah ada bersama-sama mereka.

Kondisi Sabar

Sabar boleh dibahagikan kepada beberapa kondisi dalam kehidupan manusia antaranya:

1.Sabar dalam ketaatan
Dalam melakukan perkara kebaikan, kesabaran amat diperlukan. Hal ini kerana dala jiwa manusia sentiasa ada musuh yang menghasut untuk membuat kejahatan. Di tambah pula dengan realiti hidup manusia sekarang ini di mana orang yang melakukan sesuatu kebaikan dianggap sebagai sesuatu yang ganjil. Justeru, dalam melakukan kebaikan tidak dapat tidak perlu seiring dengan kesabaran.

2.Sabar dalam ujian
Seperti yang saya sebutkan tentang persoalan yang diajukan kepada saya di atas juga dalam apa bentuk ujian dalam kehidupan manusia, sabar amatlah dituntut kerana tanpa kesabaran manusia akan hilang arah. Mula dia menyalahkan Allah atas segala musibah. Jadi, kesabaran dalam situasi ini amat penting supaya manusia sekurang-kurangnya bersangka baik dengan Allah atas segala masalah.

3.Sabar dalam kemaksiatan
Sabar ini bukanlah bermaksud apabila kita ingin membuat keburukan perlu ada kesabaran. Namun, ia adalah sejauh mana kita dapat menahan diri kita untuk tidak melakukan maksiat berkenaan. Tambahan pula, dalam perkara yang melibatkan kemaksiatan, banyak faktor-faktor yang melorong manusia kea rah berkenaan. Natijahnya, kesabaran dalam kemaksiatan adalah suatu tuntutan.

Sabar dalam perhubungan

1.Kekeluargaan
Lumrah dalam keluarga kadang-kadang bertikam lidah sesama saudara sedarah. Namun, sillaturahim antara keluarga perkara yang wajib dijaga. Dewasa kini, manusia terlalu mudah memutuskan persaudaraan hanya kerana perwarisan harta, dengki yang tak semena-mena dan pelbagai perkara remeh yang lain. Justeru, bertolak ansur dan berbaik sangka amaln mulia yang boleh mengelakkan perkara ini terus berpanjangan.

2.Percintaan
Sabar dalam percintaan bukan bermakna menanti penuh sabar tanpa ada usaha untuk mencarinya. Sememangnya jodoh telah tertulis, namun usaha daripada pihak manusia juga satu keperluan. Tetapi ramai yang salah sangka hingga menganggap cinta sesama manusia adalah segala-galanya hingga sanggup dihabiskan masa dengan novel-novel dan perkara menjurus kearah itu yang tidak membuahkan faedah. Tambahan lagi, sabar dalam bercinta juga adalah kita menahan nafsu untuk melakukan perkara yang ditegah sebelum akad yang sah disamping berusaha bersedia dari sudut mental dan fizikal sebelum seseorang bernikah.

3.Rumah tangga
Saya bukan orang yang layak bercakap soal ini kerana masih belum berumah tangga. Namun, asam garam dalam berumah tangga, kadang-kadang ada pandangan berbeza. Adapun kesabaran perlu menjadi tonggak utama dalam banyak perkara kerana kesan perselisihan yang berpanjangan bukan sahaja pada pasangan namun lebih buruk tertempias kepada anak-anak. Maka akan berlakulah perkara yang tidak diingini akibat protes daripada anak-anak yang mengharapkan perhatian dan kasih-sayang daripada ibu bapa namun apa yang diterima adalah sebaliknya.

4.Persahabatan
Dalam persahabatan, kesabaran amat penting kerana sahabat atas dasar keimanan lebih berharga nilainya daripada persaudaraan sedarah. Justeru, ulama’ meletakkan garis panduan pada manusia dalam menilai kesabaran dalam persahabatan iaitu bersangka baik atau berlapang dada sebagai selemah-lemah perkara dan mendahulukan sahabat dalam apa jua urusan sebagai tertinggi nilainya.

Kesimpulan

Kesabaran dalam ujian itu adalah satu perkara yang sukar kerana ia melibatkan pelbagai bentuk pengorbanan. Adapun mereka yang berusaha mencapainya dengan bacaan tentang sejarah orang-orang yang sabar dan ganjaran bagi mereka serta bersyukur dengan kenikmatan yang diberikan pasti akan memperoleh kejayaan kalau bukan di dunia pasti di akhirat sana. Teliti hadis baginda s.a.w ini sebagai pemangkin semangat dalam diri kita untuk sama-sama tanamkan sifat sabar dalam jiwa:
“Tidak seorang muslim pun yang ditimpa keletihan, penyakit, susah hati, sedih, disakiti orang lain dan derita sehingga sebatang duri menikamnya kecuali Allah memadamkan dengan itu semua dosanya”. (HR Bukhari)

Wallpaper 1920x1080 : Mr Robot

Hi, I just create wallpaper inspired from Mr. Robot Series with quotes  "A Bug Is Never Just A Mistake. It Represents Something Bigger...