Ahad, 23 September 2012

Malaysia Students: Popular Engineering Courses

Malaysia Students: Popular Engineering Courses: Posted by Erlina Why I choose engineering as my post? Well, it’s because I’m not quite expose to it and many girls thought engineering is ...

Jumaat, 14 September 2012

Tak Seindah Sentuhan Mata


Album : Secercah Pewarna
Munsyid : The Zikr



Sekeping hati di bawa berlari
Jauh melalui jalan nan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkan mata yang menatap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan ditengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba

Jumaat, 7 September 2012

Antara 2 Cintaku


Antara 2 Cinta
Album : Antara 2 Cinta
Munsyid : The Zikr


Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut

Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan leraikanlah dunia

Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidakku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh


Lagu : The Zikr
Lirik : Pahrol Mohd Juoi
Hakcipta : OVA Productions
-----------------------------------------------------
Sejarah Lagu
*Dinyanyikan semula oleh Saujana (Kembara Cinta) 1999
*Dinyanyikan juga oleh Sharifah Aini
*Dinyanyikan juga oleh kumpulan nasyid Raihan

Rabu, 5 September 2012

AWAS TERHADAP MAKANAN ANDA !!!




Makanan Boleh Memudharatkan Anda

1. Jika anda makan satay.............jangan pula lupa timunnya,sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu?

Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen



2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C!!! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Cuba yang ni.....bagi penggemar makanan ni "Bah Kut Teh" babi).

Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat.Cuba tuangkan Coke ( minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari sana. Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore"

4. Barah akibat penggunaan bahan dalam shampoo. Balik rumah dan pergi periksa.

Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat,jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka.Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; Vo 5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi.pi lah belek sendiri kandungannya. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.

Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah,

" Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apakerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak. Dalampada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahanyang sama untuk penghasilan busa.

5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koay teow dsb)

Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya.

Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax keatas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak.

Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari.Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah.

Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan.Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri. ia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai "makan untuk mendapat barah". Kalau istilah James Bond = Licence to kill!

6. Bawang Goreng segera Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Isnin, 27 Ogos 2012

Apakah erti sahabat yang baik ?




Kawan Baik

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya
.
Adakah anda mempunyai kawan baik...???
Adakah anda termasuk dalam salah seorang dari kawan baik hidup seseorang ?
Fikir-fikirkanlah…

Sabtu, 18 Ogos 2012

Tentang Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu




Lelaki... Oh... Lelaki......

1. Bila si dia sibuk........
Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego.......
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.


3. Bila si dia romantik........
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah
cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran........
Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat.......
Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat
sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia
membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri.........
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang
sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya
mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong.....
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata
padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak
menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba.......
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang.....
Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan
tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap
dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul......
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.

Rabu, 4 Julai 2012

15 Fakta Menarik

Percayakah Anda ?



Percaya atau tidak bukan masalah saya pun... Hahaha....
Meh baca artikel ni..

1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.
2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).
3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi.
4. Secara purata, ramai manusia lebih takut labab-labah daripada takut mati.
5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.
6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.
7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.
8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.
9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.
10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.
11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.
12. Semua beruang kutub adalah kidal.
13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.
14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.
15. Hampir semua pembaca artikel ini akan cuba untuk menjilat sikunya.


Hahaha.. Yang terakhir sekali fakta yang paling menarik....

Wallpaper 1920x1080 : Mr Robot

Hi, I just create wallpaper inspired from Mr. Robot Series with quotes  "A Bug Is Never Just A Mistake. It Represents Something Bigger...